SUMBER......
Malaysia menerima keputusan Jawatankuasa Sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuannya terhadap tindakan Majlis Olimpik Asia (OCA) melucutkan pingat emas atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen kerana kesalahan doping pada temasya Sukan Asia ke-17. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memberi jaminan pingat emas pertama negara itu akan dipulangkan ekoran keputusan CAS itu. Walapun menerima keputusan itu atas komitmen misi sukan, Khairy (gambar, kanan) menegaskan ia tidak bermakna "kami gembira dan berpuas hati dengan proses doping yang dijalankan". Terdapat kesilapan serius dalam prosedur (doping)... kami akan menulis satu lagi surat kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan OCA, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sukan lasak, Cabaran Rembau 2014 hari ini.

Apa pun, dah tak rezeki KJ, apa nak buat. Terima je adanya. Bagi IBM, itu adalah satu pengajaran dan tauladan yang harus kita semua fikirkan sedalam-dalamnya. Jangan diambil mudah akan perkara tesebut. Demi untuk menjaga maruah negara dan juga sukan di negara ini, kajian terperinci harus dilakukan. Mungkin juga terdapat unsur-unsur sabatoj demi untuk memburukan nama negara. Berkemungkinan. IBM bukan menuduh mana-mana pihak. Harap maklum. Wasallam ~ IBM