Monday, October 20, 2014

APAKAH PAKATAN AKAN 'BERPECAH' BAK TONGKANG JIKA ANWAR AL-JUB MASUK KE SUNGAI BULOH? TUNGGUUUU!!

ISNIN, 20 OKT 2014

TINGGAL  8 hari lagi sahaja kes rayuan liwat II Anwar akan didengar semula di Mahkamah Tinggi. Nasibnya akan diketahui samada Anwar akan dibebaskan atau terus ke penjara Sungai Buloh. Dalam kes ini, ramai penganalisis politik, malah IBM sendiri dan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim (gambar bawah kanan) berpandapat kemungkinan besar kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak akan bertahan lama jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara kelak. Menurut Ruslan Kassim, hakikat ketidaksefahaman di antara parti Islam itu dengan DAP khususnya dan PKR semakin menebal hanya berjaya dikaburi oleh Anwar dengan menegakkan bahawa pendirian parti tetap seiring. Sebaliknya kerjasama di antara parti komponen dalam Pakatan itu sendiri akan menemui jalan buntu kelak dengan ketiadaan Anwar sebagai orang tengah yang dilihat penyatu antara PAS dan DAP. Ruslan yakin PAS masih lagi bersama dengan PR kerana mereka dalam banyak hal, Anwar yang memainkan peranan menyatukan PAS dengan DAP.

Kalau diikutkan PAS dan DAP dah lama tidak boleh kerjasama tetapi Anwar yang menjadi orang tengah dan jambatan, jadi kalau jambatan itu tidak ada maka robohlah kerjasama itu nanti. Kalau Anwar sudah tidak ada beliau yakin titik pertemuan itu sudah tidak ada faktor penyatu sudah tidak ada, katanya lagi. PAS akan mengundurkan diri daripada gabungan pakatan tersebut apabila Anwar meringkuk dalam penjara kelak ekoran kes Mahkamah Liwat II-nya jika disabitkan bersalah. Ujarnya lagi, penubuhan Pakatan itu sendiri goyah kerana perjuangan ketiga-tiga parti komponen PAS, DAP dan PKR berbeza dan sering bercanggahan pendirian. Penubuhan PR itu asasnya rapuh, pertama di antara ketiga-tiga parti ideologi perjuangannya berbeza, PAS dengan ideologi Islamnya, DAP dengan sekularime, PKR dengan liberalismenya kemudian PAS didominasi dengan orang Melayu Islam, DAP China, PKR walaupun asalnya didominasi oleh orang Melayu tetapi sekarang bukan Melayu Matlamat pun berlainan PAS nak menubuhkan negara Islam berbeza dengan DAP dan PKR. 

Sudah tentulah teknik mereka berbeza. Pada pandangan beliau mereka cuma menubuhkan PKR itu atau PR atas dasar musuh yang sama, iaitu demi meruntuhkan BN Jadi kita nampak PR itu rapuh dan tidak akan kekal lama, katanya Ruslan lagi. PKR juga jelas Ruslan tidak akan mampu bertahan dengan kepimpinannya yang disifatkannya sebagai hanya 'gila kuasa politik' sahaja. Jadi beliau agak PAS akan mengundurkan diri apatah lagi sekarang ini kita sudah dengar pertembungan dan pertikaman lidah sedang berlaku di antara DAP dan PAS PKR. Sebenarnya dari dahulu lagi beliau menjangkakan bahawa ia iaiatu gabungan tiga parti itu tidak akan ke mana, tegasnya. Untuk pengetahuan semua, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 Oktober ini untuk mendengar rayuan melibatkan kes liwat II Anwar. 

Anwar sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membebaskannya daripada pertuduhan liwat oleh Mahkamah Rayuan. Namun, pihak pendakwaan berusaha untuk menambah hukuman penjara dari lima tahun yang dikenakan terhadapnya. Anwar, 67, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. Apapun, kita sama-sama tunggu apa yang terjadi pada 28 Oktober nanti. Kemana Anwar al-jub? Penjara atau bebas?....Dan berpecahkan Pakatan Rakyat? Tungguuuuuu! Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...