
Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun, 2008. Muhammad Shafee, seorang peguam kanan, dilantik oleh Peguam Negara dengan kuasa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3)Perlembagaan Persekutuan bagi mengendali rayuan di Mahkamah Rayuan. Dengan erti kata lain, Anwar sudah tiga kali gagal. Bermakna, Anwar akan dihumban ke penjara Sungai Buloh tak lama lagi. Tapi, Anwar berhasil melambat-lambatkan kesnya itu kerana kepala otaknya kuning, penuh dengan seribu akal jahat yang dimilik oleh 'dajal'. Kita tunggu apa kesudahanya. Wasallam ~ IBM