TAHNIAH kepada Malaysia. Malaysia memang sudah terkenal dan dikenali oleh seluruh dunia. Itu sebab dunia mengucapkan tahniah kepada Malaysia, juga Angola, Venezuela, Sepanyol dan New Zealand atas pemilihan negara-negara berkenaan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), semalam. Portal berita Turkey Agenda memetik Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu sebagai berkata, walaupun negara itu tidak berjaya dalam pemilihan tersebut, Ankara ingin mengucapkan tahniah atas kemenangan kelima-lima negara tersebut menjadi anggota tidak tetap UNSC. Turki akan terus memberikan kerjasama institusi wilayah dan antarabangsa, walaupun tidak terpilih kali ini, katanya selepas pengumuman keputusan berkenaan. Seorang jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar, Perdagangan dan Pembangunan Kanada, Claude Rochon pula berkata, Ottawa mengharapkan semua anggota Majlis Keselamatan melaksanakan tanggungawab yang membina bagi menangani cabaran dalam keamanan dan keselamatan global.
