MEMANG betul apa yang dikatakan oleh Kumpulan belia yang cenderung pada Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) membuat gesaan dan menyeru agar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'bersara dari politik'. Gesaan itu bagi menghadapi perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosi dengan nama himpunan 'Rakyat Hakim Negara' yang akan diadakan pada akhir bulan ini. Jurucakap LENSA, Ekhsan Bukharee (gambar bawah) berkata, rakyat tidak perlu diheret ke jalan raya setiap kali Anwar menghadapi kes di mahkamah. Beliau juga mendakwa, semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri UMNO itu. Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah. Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu.

Segala kerenah, lakonan Anwar sudah tidak boleh diterima pakai lagi oleh rakyat dan penyokongnya. Oleh itu, IBM pula menyeru agar Anwar bertaubat, hentikan dan buangkan segala dendam kesumat beliau terhadap UMNO dan kerajaan yang sedia ada. Untuk Anwar mengejar cita-citanya utnuk menjadi seorang Perdana Menteri sudah terlalu jauh untuk dicapai. Anwar sudah pun berusia 60 tahun lebih, usia yang agak senja untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Apa yang Anwar perlu buat sekarang agar beliau bersedia untuk di sumbat ke penjara Sungai Buloh kerana kesalahan meliwat dalam kes Liwat II. Lagi pun gesaan agar Anwar al-Jub bersara datangnya dari belia-belia bawah jagaannya sendiri dan belia-belia yang sentiasa berkorban apa sahaja demi untuk Anwar. Tapi, kini tidak lagi. Mereka (kumpulan belia) pro pembangkang sudah bosan dan mahu Anwar bersara dari arena politik. Itu kata Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), bukan kata IBM dan bukan juga kata UMNO. Harap maklum ye Nuar. Wasallam ~ IBM
Akhirnya kebenaran tetap akan ditunjukkan oleh Tuhan dgn cara yang amat teratur agar manusia yang lemah ini menginsafi akan kekuasaan dan bebijaksaannya.
ReplyDeleteAminnn!
Delete