NAMPAK sungguh pemimpin-pemimpin Pas ni seperti dah hilang akal, dah tak waras, atau pun mereka takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Politik yang diamalkan oleh Pas adalah politik 'songsang', tidak professional dan tak boleh di pakai langsung. Bayangkan dik kerana terdapat perbezaan politik, mereka (Pas) sanggup 'berdendam', dendam kesumat dengan sesama bangsa dan agama iaitu terhadap Umno.
Ini disuarakan oleh bekas pemimpin kanan PAS yang menyifatkan 'dendam' parti Islam itu terhadap Umno begitu mendalam sehingga menganggap pertemuan antara pemimpin kedua-dua parti itu sebagai masalah besar dan sensitif. Kemungkinan besar beliau (Nasharudin Mat Isa) membuat tindakan-tindakan yang sensitif dengan PAS, itu benda yang sensitif sangat kepada PAS. PAS ini terlalu bermusuhan dengan Umno, jumpa pun tak boleh. Tapi....adakah itu dianggap sebagai satu kesalahan?
Dia (Pok Nik) jumpa Najib, boleh pulak. HAMPEHH!
Sehari sebelum itu, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada PAS setelah dilihat bersama Najib di Makkah. Menurut Nakhaie, beliau tidak menolak Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok akan berdepan tindakan tegas termasuk kemungkinan dipecat keanggotaan seperti mana yang berlaku ke atas bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, Januari lalu. Persolaanya di sini, kalau beliau (Nik Aziz)sendiri boleh jumpa Najib, kenapa pemimpin Pas yang lain tak boleh.? Nampak benar jahilnya pemimpin tertinggi Pas seperti Nik Aziz ni dan sempit sungguh pemikirannya yang mengelarkan dirinya sebagai ulama dan Tok Guru.
Jadi, sampai bila dendam kesumat Pas terhadap Umno akan berakhir? Ada desas-desus mengatakan sekiranya Nik Aziz sudah tiada di dunia ini, pergi buat selama-lamanya, barulah Pas akan mengorak langkah, akan bersatu kembali dengan Umno demi bangsa, agama dan tanah air. Sejauh mana kebenaranya akan kata-kata itu, kita tunggu dan lihat. Wasallam, ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA