Thursday, August 23, 2012

Pandelela Dalam Delima. BMF Hasut Tolak Sebarang Hadiah Dari KM Sarawak....

SEBENARNYA politik itu tidak kotor. Tapi, ianya dikotorkan oleh manusia yang mempunyai agenda tersendiri dan berniat jahat. Silap haribulan ianya boleh mengugat kestabilan ekonomi dan kententeraman awam, sekali gus menghura-harakan negara. Bayangkan betapa jahatnya manusia sekarang ini kerana menggunakan politik bagi tujuan peribadi mereka sehingga sukan pun di tarik ke kancah politik. Ini berlaku di negara kita. IBM tak bohong. IBM yakin anda semua tahukan??


Terkini, Kumpulan Hak Asasi Manusia kumpulan Swiss Bruno Manser Fund (BMF) menggesa pemenang pingat Olimpik dari Sarawak, Pandelela Rinong Pamg supaya tidak menerima apa-apa ganjaran daripada Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, kerana ia bimbang terhadap "manipulasi politik". Kumpulan tersebut menghasut Pandelela supaya tidak membiarkan dirinya dimanipulasi politik dan menasihati beliau supaya menolak 'hadiah istimewa' dari Ketua Menteri secara sopan.

Apa punya Kumpulan Hak Asasi Manusia depa ni. Apa kaitan Pandelela dengan mereka, dan selama ini siapa yang mendidik dan melatih Pandelela sehingga beliau berjaya sampai ke hari ini? Nampaknya, mesej atau hasutan yang Kumpulan Hak Asasi Manusia hendak sampaikan kepada Pandelela, adalah merupakan mesej dari pembangkang yang iri hati terhadap kerajaan yang telah menunaikan janjinya kepada setiap ahli sukan yang berjaya membawa pulang pingat di kejohanan Antarabangsa dan sekali gus mengharumkan nama negara.

Pandelela tidak terkecuali dalam hal ini. Setelah Perdana Menteri, DS Najib menunaikan janji beliau bagi pihak kerajaan dan juga Majlis Sukan Negara, hadiah telah pun di beri kepada Pandelela, pembangkang rasa tercabar dan kini cuba menghasut Pandelela untuk tidak menerima ganjaran istimewa dari KM Sarawak pula yang mana dilaporkan telah menjanjikan hadiah sejurus selepas Pandelela memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10-meter wanita pada Sukan Olimpik Di London baru-baru ini.

Pandelela adalah wanita Malaysia pertama memenangi pingat pertama di Olimpik. Jesteru, KM Sarawak itu amat bangga akan pencapaian Pandelela sebagai anak Sarawak, sudah tentulah beliau layak untuk menerima hadiah istimewa tersebut, walaupun hadiahnya masih belum di ketahui berbentuk apa. Kesian Pada Pandelela sekiranya beliau termakan hasutan dari kumpulan haram jadah tu. Harap-harap tidaklah jadi begitu.  Tunggulah apabila Pandelela balik ke Sarawak nanti. KM Menteri sedang menunggu beliau. 

Kesimpulannya, kenapalah teruk sangat perangai pembangkang di negara kita ini. Ada aje kerenah mereka untuk memburukkan kerajaan dan mengheret rakyat supaya membenci kerajaan sehingga budak yang 'mentah' seperti Pandelela yang tak tahu apa-apa tentang politk di heret sama, kenapa?.......anda ada jawapannya?. Itu je soalan yang IBM nak ajukan kepada para pembaca semua. Fikir-fikirkanlah, dan kenalilah siapa itu pembangkang di negara kita ini. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...