Tuesday, August 28, 2012

'Himpunan Janji Bersih' Di Tolak. Penganjur Mesti Benggang!!

BENGGANG. Pak Samad si tua bangka ni dan geng-gengnya mesti benggang habis. Kerana apa? kerana tiada sebarang 'lampu hijau' diberikan kepada penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang akan diadakan pada 30 Ogos ini, Itu kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad. Tapi....IBM rasa mereka tak akan ikut arahan Polis. Mereka tetap akan berhimpun jugak. Percayalah.

Beliau jelaskan sekali lagi, tiada sebarang kebenaran diberikan pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis, namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.
"Kalau menurut akta tersebut, penganjur telah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita, jadi daripada pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. "Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman," katanya ketika dihubungi semalam.
Padan muka korang. Tak ada kerja lain ke nak buat. Asyik nak berdemo dan berhimpun je. Nanti korang mampus dik kerana berdemo. Hasilnya?......korang fikir le sendiri. Tiada untungnya.  Ingatan ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...