MENCARI KEBENARAN DAN KETELUSAN..........
DAH lama kita semua tunggu dan mencari kebenaran setelah masing-masing menunding jari terhadap satu sama lain. Siapa tak ingat tanggal 28 April 2012, tercetusnya sekali lagi rusuhan dan penghimpunan haram yang di beri nama BERSIH 3.0. Memang memalukan dan sedikit sebanyak telah mencalarkan nama dan imej nama negara di persada dunia angkara puak-puak yang berkepentingan dan mempunyai agenda politik kotor mereka. Tak payahlah IBM nak hurai dan cerita satu persatu, kerana anda semua sudah sedia maklum apa yang berlaku pada hari itu.
Semalam berita di TV3 memberitahu bahawa Panel Penasihat Bebas yang ditubuhkan mengenai kejadian rusuhan berikutan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28n April lalu, telah menghantar surat kepada Majlis Peguam dan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga untuk mengadakan perjumpaan dan bersemuka bagi membincangkan apa yang berlaku pada hari tersebut. Mengikut kata Pengerusi panel, Tun Hanif Omar, langkat itu antara usaha panel bagi mendapatkan gambaran sebenar akan kejadian pada hari itu, malah kedua-dua pihak boleh memilih tempat dan waktu mengadakan perjumpaan tersebut.


Demi untuk keamanaan dan kestabilan negara, diharap Majlis Peguam dan Pengerusi Bersih, jangan cuba-cuba main tarik tali, kerana ianya tidak mendatangkan faedah, malah, akan memudaratkan lagi. Kepada Ambiga dan juga Majlis Peguam, beri kerjasama dan jangan nak buat helah yang bukan-bukan. Pihak yang berwajib dan lama bersabar, jangan sampai kesabaran mereka hilang. Faham-faham je le apa maksud IBM tu ye. Kan apa, setakat mengingatkan je. Ikhlas dari saya ~ IBM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA