Thursday, August 9, 2012

Artis Tetap Sokong BN - KJ.....

KALAU kita dengar cakap-cakap pembangkang, terutamanya PAS,  semua artis di Malaysia ni menyokong mereka dan telah menjadi ahli seumur hidup parti mereka. Gerun, memang gerun kita dengar. Sebenarnya,  itu hanyalah propaganda pihak pembangkang sekarang ni. Jesteru, ianya di sanggah oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, YB Khairy Jamaluddin. 

Katanya, Fenomena artis menyertai pembangkang tidak akan merampas sokongan golongan penghibur dan pemuda daripada menyokong BN. “Secara tradisinya mereka menyokong BN. Trend terkini ini tidak akan mengurangkan sokongan kepada BN,” katanya.

“Mungkin ini perkara besar kepada PAS. Sebelum ini, artis tidak menyertai parti, jadi apabila mereka melakukannya, mereka dilayan seperti selebriti.”
PAS sebelum ini mendapat lonjakkan baru apabila beberapa artis popular, termasuk penyanyi Aishah dan Dayangku Intan, pelakon Abby Abadi dan Hairie Othman serta penulis lirik Bob Lokman menyertai parti pembangkang baru-baru ini. Bagi IBM, itu baru beberapa eko je artis yang bodoh dan bahlol menyertai PAS.
Jadi, kepada PAS dan geng-gengnya, janganlah cuba nak menabik dada. Seramai manapun artis yang menyertai korang, trend para artis menyokong Barisan Nasional (BN) tetap berterusan. Korang je yang syok sendiri. Artis-artis sekarang bukanya bodoh lagi. Mereka tahu siapa korang dan apa kelebihan yang korang ada?   Mengumpat, menipu, menfitnah dan buat janji-janji kosong, adalah. Itulah kepakaran korang.
Apapun, IBM sokong apa yang KJ sarankan. KJ memang buat kerja dan sentiasa berhubung rapat dengan belia-belia dan juga para artis. Maka, sudah tentu info yang KJ dapat adalah betul dan tepat. Kepada pembangkang, meroyanlah korang sampai ke tua. Sekian. Pandangan dan sokongan yang ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...