Tuesday, August 7, 2012

Kos Guaman Rafizi Taktik Khalid Gagap Sebatoj PKR Selangor??



AWAL tahun 2012 PKR membuat gegak gempita satu negara sehingga satu laporan polis dibuat oleh Nik Nazmi atas tuduhan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan 2 yang lain menggunakan wang zakat bagi membiayai kos guaman.
Kos guaman sebanyak RM 63,650 ribu dikatakan diguna untuk tuntutan qazaf Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Pihak JAWI telah menafikan wang zakat diguna untuk membayar kos guaman tersebut.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali hari ini sekali lagi menegaskan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain adalah tidak benar.
Sambil menegaskan pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan, Che Mat yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkata dakwaan seperti itu timbul mungkin disebabkan semua peruntukan atau dana daripada kerajaan dan wang zakat dimasukkan ke dalam akaun yang sama.
“Sumbangan atau dana daripada kerajaan memang kita masukkan di dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat, cuma dimasukkan sementara tetapi akaun banknya adalah sama.
“Kalau kita nak ambil duit itu (dana kerajaan) bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman pun boleh, tak ambil pun boleh dan jika nak ambil duit zakat pun tidak mengapa, asalkan untuk memartabat kredibiliti dan kehormatan MAIWP dalam menguruskan hal ehwal dan warga Islam di Wilayah Persekutuan,”
Sumber:sinar online
Walaupun JAWI menafikan perkara tersebut, PKR tetap membuat pelbagai tuduhan liar terhadap Jamil Khir atas tuduhan menyeleweng wang zakat.
Kini setelah 7 bulan berlalu, minggu lepas Khalid Ibrahim secara terang-terangan mengumumkan Kerajaan Selangor akan membiayai kos guaman Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah kerana kesalahan BAFIA.
Itu adalah penyelewengan yang terang-terangan. Tetapi bagi puak-puak mereka ianya halal. Inilah budaya politik PKR. Bagi musuh semuanya seleweng dan rasuah. Manakala bagi mereka semuanya dihalalkan.
Jamil Khir sebagai anggota kerajaan yang disaman oleh Anwar Ibrahim atas tugasnya , manakala Rafizi orang yang tidak ada kena mengena di Selangor dan didakwa kerana jenayah BAFIA.
Daripada maklumat yang kami dapat, pihak-pihak dalam industri bank semuanya mengeleng kepala dan ada yang ketawa melihat kebodohan pemimpin-pemimpin PKR mempertahankan Rafizi.
Kepada pihak BN pula, anda hendaklah mengucapkan terima kasih kepada Khalid Ibrahim kerana dia telah memberi peluru kepada anda serta memudahkan kerja anda. Mungkin ini juga sebahagian daripada strategi Khalid untuk mensabotaj PKR di Selangor. Mungkin kerana beliau sudah sedia maklum yang beliau tidak akan menjadi MB lagi walaupun sekiranya PKR menang lagi di Selangor selepas ini.
Sumber Berita Dari SelangorDaily.Com ~ Terima Kasih.

___________________________________________________________________________________________ 

IBM cuma nak tambah sikit je. Elok bebeno le si Khalid gagap buat macam tu. Kerana apa, beliau dah tahu Pakatan Rakyat akan tumbang menyembah bumi pada PRU ke-13 nanti. Dan...andai katalah PR menang, Khalid dah tentu tidak akan jadi MB Selangor lagi. Ada lojik tak?.....fikir-fikirlah sendiri. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...