Thursday, August 23, 2012

Kampung Pasir Jadi 'Mini Jakarta'???

Fenomena penempatan haram warga Indonesia di Kampung Pasir, Hulu Klang yang dibina berpuluh tahun lalu tanpa rasa takut kepada pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR Suasana di Kampung Pasir, Hulu Klang dekat sini bukan sahaja boleh dilabelkan sebagai ‘mini Jakarta’ malah kawasan yang dijajah oleh warga Indonesia itu juga dipercayai menjadi transit buat pendatang asing tanpa izin (PATI) bermukim tanpa rasa takut.

Kampung tersebut kini padat dengan rumah-rumah papan beratap zink yang dijadikan tempat berlindung PATI dan warga Indonesia halal sehingga merimaskan penduduk tempatan yang semakin rasa terasing di bumi sendiri.
Tinjauan Kosmo! mendapati mereka bukan sahaja bebas melakukan pelbagai jenis aktiviti malah mengaut untung dengan membuka kedai runcit dan makanan sejak berpuluh tahun lalu yang hanya dikunjungi oleh puak-puak mereka sendiri.
Setiap langkah pasti akan bertembung dengan warga asing terutamanya di hujung minggu malah daripada loghat pertuturan, pemakaian dan suasana di kedai-kedai runcit serta di gerai makan berhampiran turut membuatkan penduduk di kawasan itu seolah-olah mereka berada di Indonesia.
Lebih mengejutkan apabila kawasan penempatan tersebut dikatakan menjadi tempat selamat bagi warga Indonesia yang memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
SUMBER : Kosmo!
________________________________________________________________
Tak tahu apa nak komen. Kalau betul le apa yang seperti dilaporkan oleh Kosmo ini, harap Datuk Bandar dan kuncu-kuncunya mesti bertindak dan siasat kenapa dan siapa dalang di sebalik kebanjiran warga asing dari Indonesia ini. Apa, mereka ingat Malaysia ini depa yang punya. Tapi......siapakah yang harus disalahkan dalam hal ini. Bukan setakat di kampung Pasir je, malah ianya berlaku di banyak tempat, seolah-olah perkara ini sukar dibendung. Persoalannya, sampai bila perkara ini akan berterusan dan siapa yang akan menghalangnya? dan......akhirnya, adakah kita pula yang dianggap sebagai pendatang oleh warga asing tersebut? sila-silakan berfikir. Ikhlas dari saya ~ IBM 
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...