Friday, August 10, 2012

Isu Air Kelantan : Pok Nik Kata 'KEMARAU' Puncanya..Pulak Dah...

BEBERAPA hari lepas, IBM telah paparkan masalah air di Kelantan yang begitu SERIUS dan runcing di blog IBM.  Sampai kini, Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdiam diri dan buat pekak je. Maka, adalah diantara pengikut setia PAS ni yang marah pada IBM kerana memaparkan perkara yang tak betul. Itu mengikut kata mereka. Tapi...terkini, Menteri Besar Kelantan tu cuba berdolak-dalik lagi dan menyalahkan kejadian alam.

Alasan yang tak lojik dan tidak dapat di terima akal dari seorang yang berpengaruh dan bergelar 'ulama' seperti Seperti Nik Aziz Nik Mat atau lebih popular di panggil Pok Nik. Malah, ramai yang beranggapan bahawa Kerajaan Pas Kelantan disifatkan tidak bertanggungjawab dan cuba lepas tangan apabila menjadikan KEMARAU sebagai punca kepada permasalahan krisis bekalan air bersih yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini. Aduhai.....apa le banggapnya Menteri Besar Kelantan seko ni.

Mengikut kata sumber yang terdekat, kerajaan Pas Kelantan hanya bijak beretorik tanpa melihat kesan bakal dihadapi rakyat sekiranya masalah kemarau yang dijadikan alasan itu berpanjangan dan kerajaan negeri pula gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Kata mereka lagi, alasan kemarau yang diberikan oleh Pok Nik tu sukar diterima kerana banyak negara lain turut berdepan dengan fenomena alam itu tetapi bijak memanfaatkan kemajuan teknologi bagi memastikan rakyatnya sentiasa menikmati bekalan air bersih. Ini jelas, Pok Nik gagal sebagai pemimpin no 1 Kelantan, tidak dapat menyelesaikan masalah air yang begitu runcing di Kelantan.

Oleh itu, cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ini, Pok Nik di sarankan LETAK JAWATAN kerana di lihat gagal setelah 22 tahun lebih menjadi Menteri Besar, tapi....permasalahan yang di timpa oleh rakyat, tidak dapat di selesaikan. Janganlah menyeksa rakyat wahai Pok Nik ooi. Cukup le tu. Awak tu dah lanjut usia. Elok le berihat dan nasihatkan kepada rakyat Kelantan supaya menyokong dan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti. Sudah tiba masanya kerajaan Kelantan di tukar. Insyallah, rakyat akan hidup sempurna dan sejahtera.

Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...