Tuesday, August 28, 2012

Kesediaan PAS Letak Calon Bukan Islam Di 6 Negeri Bukti PAS Bukan Parti Islam


PENULIS terpanggil dengan kesediaan kepimpinan PAS Pusat mengarahkan PAS negeri khususnya Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah memberikan perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam PRU13 nanti.
Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa yang berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura. (Sumber: Harakahdaily)
Ini jelas membuktikan bahawa PAS bukan Parti Islam. Dengan membuka keahlian kepada orang-orang bukan Islam untuk bertanding di dalam PRU13 adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang PAS dokong selama ini. PAS bukan Parti Islam seperti yang didakwa.
Sekiranya PAS sebagi Parti Islam, tentu syarat menjadi ahli dan calon PAS kena terlebih dahulu mengucap dua kalimah shahadah, baru sah keahliannya dan baru layak dilantik sebagai calon untuk PRU13 di atas tiket PAS. Jika tidak, apa gunanya PAS mengekalkan nama Islam pada partinya?
Justeru, apabila PAS mencalonkan orang bukan Islam di dalam PRU13 mewakili PAS, apakah PAS bersedia untuk melantik pimpinan mereka yang terdiri daripada orang yang mensyirikkan Allah semata-mata kerana rakus untuk berkuasa? Apakah PAS yakin calon yang mereka pilih, sekiranya menang PRU13, akan memperjuangkan Islam?
Sekiranya PAS ingin bekerjasama dengan lain-lain parti sebagaimana yang telah lama dipraktikkan sekian lama oleh UMNO, tidak semestinya PAS membuka keahliannya kepada yang bukan Islam. Apatah lagi sehingga mencalonkan mereka di dalam PRU13 sebagai wakil PAS! PAS kini dilihat terdesak sehingga mengadai prinsip perjuangan mereka.
Penulis merasakan lebih baik sekiranya PAS bergabung sahaja dengan UMNO umtuk mempertahankan kedaulatan Islam dan mengelakkan Umat Islam dari terus berpecah belah dan saling bantu membantu di dalam melaksanakan kebajikan dan syariat Allah.
SUMBER : Selangordaily.com
________________________________________________________________
Sememangnya PAS bukanlah parti Islam. Perjuangan mereka berdasarkan politik 'nafsu' yang semata-mata mengejar pangkat dan dendam sesama bangsa. IBM sokong apa yang di tuliskan oleh penulis diatas. 
Untuk berkuasa dan menjadi sebahagian daripada pemerintah, PAS tiada pilihan lain selain dari bargabung dengan UMNO. Insyallah, cita-cita mereka akan tercapai. Tapi.....jangan terlalu demand. Pandangan ikhlas dari saya ~ IBM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...