Sunday, August 19, 2012

'Op Selamat' : Tunjuk Hasil Positif Setakat Ini

'Op Selamat'  yang menumpu kepada keselamatan jalan raya dan harta benda yang ditinggal pemilik rumah sempena musim perayaan, menunjukkan hasil positif sejak dilancarkan 12 Ogos lepas. Mengikut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid,  ini berdasarkan statistik pada tahun lepas, yang menunjukkan penurunan bagi tempoh sama tahun ini. Apa yang pihak keselamatan dalam negeri dan ketenteraman Awam boleh katakan, matlamat mereka ke arah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan jenayah membabitkan harta benda pada musim perayaan ini, adalah postif setakat ini.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan keluarkan kedua-dua statistik (kemalangan jalan raya dan harta benda) setelah operasi ini selesai, katanya kepada pemberita selepas majlis gotong-royong memasak lemang, ketupat, rendang dan dodol di Markas Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini. Beliau berkata pada akhir operasi yang ditambah baik daripada ‘Ops Sikap’ ini, PDRM akan turut mengeluarkan analisis terperinci berhubung operasi itu, antaranya faktor penyumbang kemalangan jalan raya dan jenayah pecah rumah.
Orang ramai diharap mendapat gambaran dan situasi sebenar apabila statistik serta analisis ini dikeluarkan kelak. Dari situ, mereka boleh menilai keberkesanan operasi ini, katanya. Operasi yang bertema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ itu akan berlangsung selama 15 hari. IBM harap orang awam dapat memberi kerjasama agar operasi seperti Op Selamat ini dapat di patuhi dan segala kemalangan jiwa dapat dikurangkan. Harus diingat, segala-galanya ditangan anda. Sekiranya anda tidak memandu laju, segala kemalangan dapat dielakkan.
Kepada semua yang ingin kembali ke bandar pada hujung minggu ini setelah bercuti panjang sempena hari lembaran ini, berhati-hatilah bila memandu dan patuhilah had laju yang telah ditetapkan. IBM pun nak balik ke bandar pada hujung minggu ini. Semoga kita semua selamat sampai nanti. Itu je yang IBM nak katakan. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...