Friday, August 24, 2012

Sah!! Anwar Tolak 'Hudud' Demi DAP....

DI SEBALIK perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini. Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.


Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP. Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Maka, jelas lah kini, Anwar menolak perlaksanaan Hudud yang kononnya di perjuangkan oleh Pas. Dan....Anwar juga ibarat lembu di cucuk hidung, takut pada DAP. Anwar langsung tak kisah samada Pas setuju atau tidak dengan kenyataan beliau itu. Apa yang penting, politik dan pengaruh beliau di kalangan penyokong-penyokong DAP terus terpelihara. Yang tersepit sekarang ni ialah Pas. Kesian.

Bagi pandangan IBM, Pas sebenarnya bukanlah ikhlas untuk melaksanakan hukum Hudud ini. Demi untuk menjatuhkan dan dendam kesumat mereka pada UMNO, Pas sanggup berbohong dan mengaburi mata rakyat yang kononnya merekalah pejuang Islam dan Hudud adalah keutamaan mereka. Tapi....bila di gertak oleh sekutunya, DAP, niat itu ditangguhkan dengan memberi berbagai-bagai alasan dan menyalahkan UMNO pulak menolak hukum Hudud. Sewel punya Pas.

Kini, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, juga sekutu Pas membuat kenyataan bahawa hudud bukanlah agenda Pakatan Rakyat sekiranya mereka dapat menawan Putrajaya. Habis, Pas, apa lagi lu orang nak kelentung? Nampaknya Pas terus bermimpi dan bermimpi. Apakan daya, niat tak kesampaian, samalah seperti 'angan-angan Mat Jening'. Nasib baiklah UMNO tidak sampai ke tahap itu. Kepada Pas, terimalah teguran dan nasihat orng ramai agar bersatu dan bergabung dengan UMNO, barulah perlaksanaan Hudud boleh di buat. Pas perlu tahu bahawa UMNO tidak menolak Hudud, tidak sama sekali. Ini adalah kenyataan yang benar dan iklas dari saya mewakili UMNO ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...