Monday, May 2, 2011

1 Melayu jejas gagasan 1 Malaysia..?

ASSALAMUALAIKUM

Bila Rafidah Aziz membuka mulut .............

KUALA LUMPUR - Gerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berharap agar orang Melayu tidak terikut-ikut dengan idea tersebut kerana ia boleh menggugat perpaduan yang semakin kukuh di negara ini.

Beliau berkata 1Malaysia adalah satu gagasan yang cukup jelas dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana kaum di negara ini.

"Ia bukan sekadar satu slogan, tapi realiti yang perlu dicapai bagi memastikan perpaduan dan kestabilan dalam negara dapat diwujudkan," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras hari ini.

Rafidah diminta mengulas saranan bahawa Umno perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata 1Malaysia yang membawa gelaran "Melayu Malaysia", "Cina Malaysia" dan "India Malaysia" perlu diteruskan.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Hassan.

Dalam pada itu, Rafidah berkata Wanita Umno perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bertemu pengundi secara bersemuka di kawasan masing-masing agar maklumat mengenai pelan strategi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat.

"Kita perlu kekalkan kerajaan sekarang supaya pembangunan ekonomi dan sosial negara dapat diteruskan, jumpa pengundi paling minimum tiga kali sebelum PRU supaya pengundi lebih jelas dan tidak mudah mendengar fitnah pembangkang," katanya.

Beliau berkata walaupun strategi bertemu pengundi secara bersemuka agak ketinggalan, namun sejak dilaksanakan, ia membawa kejayaan kepada parti, oleh itu, strategi tersebut perlu diteruskan. - Bernama

DAH LAMA TAK DENGAR KAK RAFIDAH BERSUARA. SESEKALI DIA BERSUARA PERIT JUGA TELIGA KITA MENDENGARNYA. APA PUN, ITU ADALAH PANDANGAN BELIAU, ADA JUGA KEBENARANYA. GAGASAN 1 MALAYSIA TETAP DI HATI KU. IKHLAS DARI : IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...