DARI MEJA IBM :
Ibu Pejabat PKR yang akan dilelong
Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah
SHAH ALAM - Ibu Pejabat PKR yang terletak di Merchant Square berkemungkinan besar dilelong pada 9 Jun ini kerana pemilik bangunan yang disewa parti tersebut gagal membayar balik pinjiman Bank.
Kesian Anwar. Bermacam-macam bala yang menimpa beliau. Itulah bala yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kepada orang yang sombong, angkuh, memecah belahkan bangsa sendiri dan mengkhianat bangsa dan agama demi politik songsang yang di amalnya.
BERTAUBATLAH WAHAI ANWAR. Baliklah kepangkalan jalan. cita-cita kamu untuk menjadi 'Perdana Menteri' sudah tertutup rapat. Jangan salahkan orang lain. Salahkan diri kamu sendiri. Sebelum tidur, eloklah kamu cermin-cerminkan diri kamu dulu.
Yang pasti, pintu besi di Sungai buloh sedang menanti kamu. Ucapkan selamat tinggal kepada para pengikut fanatik kamu, keluarga kamu dan karier politik kamu yang mana telah sampai ke penghujungnya.