LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish secara sinis mencabar musuh tradisi mereka, Manchester United supaya menyamai terlebih dahulu rekod lima gelaran Liga Juara-Juara yang dimenangi skuad The Reds.
Peringatan dibuat Dalglish itu dibuat menjelang aksi final Liga Juara-Juara menemukan United dan Barcelona di Stadium Wembley pada awal pagi Ahad ini.
Bagi Dalglish, sekiranya United muncul juara Liga Juara-Juara musim ini, kelab tersebut masih kurang satu kejuaraan berbanding rekod lima kejuaraan yang dimiliki Liverpool.
"Jika penyokong United boleh membawa kain rentang yang tertulis perkataan 'United juara 19 kali' di Anfield minggu lalu, mungkin kami boleh bawa kain rentang tertulis lima kejuaraan Eropah milik Liverpool ke Old Trafford musim depan.
"Pada saya, tak kiralah apa yang difikirkan oleh United. Bagi saya, Liverpool tetap kelab paling penting buat jutaan penyokong di seluruh dunia.
"Sama seperti Everton yang menjadi kelab penting untuk sesetengah orang.
"Apabila terdapat seseorang yang meletakkan kami sebagai kayu pengukur untuk mencapai sesuatu kejayaan, kami tak percaya yang kami ini sebuah kelab yang teruk.
"Kami rasa kami perlu meletakkan ketetapan yang betul untuk terus maju. Kami mahu meningkat pada tahun ini dan kami akan cuba mencapainya selepas ini," kata Dalglish.
Minggu lalu, rekod 18 kejuaraan Liga Perdana England milik Liverpool telah dipecahkan oleh United apabila mereka mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-19 musim ini.
IBM : Apapun, hati ku tetap bersama Liverpool, dulu, kini dan selamanya.
"You'll Never Walk Alone"