Monday, May 16, 2011

Kes Fitnah II : Anwar terkejut, Sam ketot cabar Najib

Assalamu'alaikum dan salam Ukhwah.

BERITA HANGAT DARI HarakahDaily, AKHBAR PENCETUS FITNAH NO1 DIMALAYSIA.

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperintahkan untuk membela diri dalam kes fitnah II hari ini melahirkan rasa terkejut kerana hakim telah menjatuhkan hukuman awal.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, hakim Datuk Mohd Zabidin seolah-olah terikat dengan hujah pendakwaan.

“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata beliau kepada pemberita di perkarangan mahkamah selepas selesai mendengar keputusan hakim hari ini.

Hakim Mohd Zabidin hari ini berkata, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Anwar telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”.

Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya.

Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara.

“Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas,” katanya yang juga ketua pembangkang di parlimen.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.

SAM KETOT

Cabar Najib hadir sebagai saksi

"Saya ingin cabar Perdana Menteri supaya jangan guna alasan
sepertimana yang digunakan Tun Mahathir dalam kes pertama
untuk mengelakkan diri dari hadir ke mahkamah. Kita selesaiakn
di mahkamah." - Sam Ketot
.


IBM : Tergelak gila bila lihat gambar Sam Ketot terkencing
dalam seluar. Hehehe....

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...