Wednesday, May 4, 2011

Anwar guna taktik Elizabeth Wong sucikan diri bersama "Tok Guru"


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

SIAPA TAK KENAL ANWAR.?..LICIK, PANDAI BERPURA-PURA DAN BANYAK LAGI KERENAHNYA YANG TELAH BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT DAN NEGARA.

KUALA LUMPUR 3 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan dakwaan video seks dilihat cuba mencari talian hayat terakhir untuk membersihkan dirinya dengan berkunjung ke negeri “Serambi Mekah”, Kelantan selain mengadakan perjumpaan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Mungkin beliau melihat bagaimana Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang sebelum ini turut dikaitkan dengan gambar bogel “menyucikan diri” dengan berkunjung ke negeri berkenaan dan sejurus mengadakan perjumpaan bersama “tok guru Nik Aziz”, beliau diangkat dengan penuh bermaruah oleh pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Pas sendiri.

Mengulas mengenainya, bekas Ahli Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad berkata perkara itu ada kemungkinannnya kerana Anwar hari ini cukup tersepit bak umpama lari tidak cukup padang untuk menutup mukanya.

“Bayangkan lepas satu demi satu keluar pelbagai skandal membabitkan diri beliau….Sebelum ini yang melibatkan kes liwat, Saiful Bukhari Azlan telah bermubahalah, namun Anwar macam biasa pusing 360 darjah dengan pelbagai alasan.

“Kali ini dakwaan video seks juga melibatkan sumpah oleh rakan baik beliau sendiri, Datuk Shazryl Eskay Abdullah baru-baru ini….Mana lagi beliau nak tutup muka dan pusing seribu satu alasan.

“Alasan demi alasan seolah-olah menjerat leher beliau sendiri. Sebab itulah kita tidak hairan kunjungannya ke Kelantan kerana Elizabeth Wong telah mengambil tindakan yang sama dan kemudiannya diangkat dengan dibela oleh penyokong “totok” Pas,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kata beliau lagi, dengan harapan itulah Anwar mengambil jalan pintas untuk memastikan legasi politiknya terus hidup dan terus menyinar dalam usaha mengejar kuasa dan kepentingan diri semata-mata.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Datuk Ghazali seterusnya berkata Nik Aziz boleh diumpamakan nyiru dan Anwar pula boleh diandaikan sebagai bangkai.

“Bagaimana nyiru boleh menutup bau bangkai…Lama kelamaan akan berbau juga. Tutuplah macam mana sekali pun akan terdedah jua. Ingatlah..Kita hanya manusia dan Alllah s.w.t yang berkuasa atas segala-galanya,” katanya. -MediaUMNO

CEPAT-CEPAT BERTAUBATLAH ANWAR. IKHLAS DARI : IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...