Wednesday, May 11, 2011

UMNO sambut ulang tahun ke-65 di PWTC, hari ini, Rabu.


ASSALAMUALAIKUM SEMUA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN.
DULU, KINI DAN SELAMANYA. KAU TETAP DIHATI KU. SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-65. HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP BN !!

KUALA LUMPUR ,Hari ini genap 65 tahun usia UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Bagi mengingati hari bersejarah itu, tunjang parti pemerintah itu akan mengadakan sambutan untuk meraikan Hari UMNO ke 65 tahun di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, seperti lazimnya, majlis itu akan bermula dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yassin, tahlil serta doa kesyukuran sebelum solat isyak di Surau Al-Rahman, PWTC.

Ia akan disusuli dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden parti, dan majlis penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang.

“Anugerah Tokoh Melayu Terbilang menampilkan satu kelainana apabila ia turut mengurniakan ‘Anugerah Tokoh Melayu Terbilang’ kepada wanita. Ia adalah sebagai penghargaan kepada wanita yang banyak menyumbang kepada negara memandangkan sebelum ini anugerah itu hanya dianugerahkan kepada golongan lelaki.

“Pada kali ini kita buat penambahbaikan untuk menghargai peranan wanita. Kita akan beri dua anugerah iaitu satu untuk Tokoh Lelaki Melayu Yang Terbilang dan Tokoh Wanita Melayu Yang Terbilang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata, orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis bersejarah itu. -MediaUMNO

IBM : PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.

1 comment:

  1. Hisyam.....diharap faham lah dengan seruan DS Najib tu.KETOK...jangan TAK KETOK....pengkhianat2 dan penabur fitnah yang tiada bukti tu...yang bertujuan menghuru harakan kestabilan dan keharmonian rakyat..

    Lampu Hijau dah disulohkan....takkan nak tunggu DS gak yang tunjokkan jalan.Demi perpaduan dan keamanan anda harus proaktif .. complacencies has no place in tis challenging nation.

    Hidup UMNO dan teruskan semboyan yang semakin pupus dari udara bumi tercinta ini..

    Semoga berjaya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...