Monday, May 9, 2011

Wan Azizah Muslimat luar biasa??

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN..

- Ada yang kesian, ada yang simpati terhadapa apa yang telah menimpa Wan Azizah. Pelbagai laporan mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan rasa simpati ramai pihak kepada isterinya Datin Wan Azizah.

PANDANGAN DARI AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS, SEKUTU PKR, DR. LO'LO :

- Dia mengaggap Wan Azizah DIKURNIAKAN KETABAHAN YANG TINGGI dalam menghadapi pancaroba kehidupan yang disebabkan oleh Anwar. Katanya, sebagai wanita mukmin, Wan Azizah sangat tawaduk dan selalu bertawakal kepada Allah. Maksudnya, Wan Azizah seorang wanita yang warak dan taat kepada suami. ADUHAI.!!

Menurutnya lagi, meskipun menghadapi pelbagai tohmahan kerana kekal menyokong Anwar, Wan Azizah dikurniakan ketenangan luar biasa hasil amalan solat tahajud.

BEKAS KETUA WANITA PKR PULAU PINANG PULA MEMBERI PENDAPAT :

- Katanya, Wan Azizah sebenarnya tidak perlu terus bertahan dan menghadapi tekanan disebabkan masalah suaminya, sebaliknya beliau perlu mempertahankan maruah dirinya terlebih dahulu.

Menurut Aminah lagi, jika benda itu (tuduhan liwat, dan video seks) itu betul, dia tak perlu bertahan. Suami boleh dicari, tapi maruah wanita lebih perlu dijaga. Beliau amat kasihan dan sedih dengan apa yang berlaku pada diri Wan Azizah. Tapi hanya dia yang tahu segala-galanya. Mengenai sesetengah pihak ada membuat kenyataan, Wan Azizah adalah seorang muslimat yang luar biasa, komenya, tiada apa yang luar biasanya pada Wan Azizah. Dia adalah manusia biasa.

Sebaliknya Aminah menganggap Wan Azizah adalah boneka kepada Anwar. Maka dengan itu dia mengharapkan supaya Wan Azizah sedar dan bersimpatilah pada dirinya sendiri. Tiada siapa yang akan dapat menolong kita, kecuali diri kita sendiri.

IBM : RASA SIMPATI JUGA, TAPI NAIK MELUAT KERANA KAK WAN MEMPEERTAHANKAN ANWAR BAGI NAK GILA. SEDANGKAN DIA TAHU APA YANG BERLAKU SEBENARNYA.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...