Thursday, May 19, 2011

Tun Dr. Mahathir semakin sihat

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respon baik terhadap perubatan dan fisioterapi di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Menurut pegawai khasnya Sufi Yusoff, bekas perdana menteri itu juga makan dengan baik dan doktor gembira dengan kadar respond terhadap rawatan berkenaan.


"Beliau akan terus menerima rawatan antibiotik intravenous dan fisioterapi dada dan dijangka terus menerima rawatan di IJN untuk beberapa hari lagi," kata Sufi dalam kenyataan.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN semalam kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.


Sufi berkata doktor juga menasihatkan beliau agar tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat sahaja.


IBM : Sama-sama kita berdoa agar mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir cepat sembuh dan banyakkan berihat. Amin..!!

2 comments:

  1. AKU SAMADLELONG DOAKAN AYAHDA TUN MAHATHIR SIHAT SELALU DAN DIPANJANGKAN UMUR HINGGA KE AKHIR HAYAT, AMIN.

    ReplyDelete
  2. samadlelong : Salam. Sama-samalah kita berdoa agat Tun Mahathir cepat sembuh. Amin!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...