Sunday, July 29, 2012

Bonus Aidilfitri : Najib Razak Bakal Dimaki Dan difitnah Lagi!!


JURANG paling ketara di antara kerajaan dan pembangkang boleh dinilai dengan perkataan ” janji ditepati “.
Ingatkah lagi anda terhadap janji manifesto 2008 pembangkang kepada rakyat?  Bersusun-susun janji tinggal janji, hanya dengan merujuk kepada manifesto sahaja.  Itu belum diambil kira janji-janji yang dilafazkan secara lisan.  Mungkin agak berat sekiranya kita ingin melabelkan mereka sebagai “munafik”, tetapi itulah ciri-ciri yang ada pada pembangkang.
Sejumlah 1.27 juta penjawat awam dan 657 ribu pesara kerajaan menerima manfaat terbaru dari kerajaan, apabila Perdana Menteri mengumumkan bonus setengah bulan gaji bagi menghadapi lebaran yang bakal menjelma, semalam.  Pembayaran akan dibuat pada 9 ogos ini, dengan jumlah keseluruhan dijangka mencecah RM2.2 billion, kurang RM0.8 billion berbanding jumlah wang yang dilarikan oleh Anwar ke luar negara.
Tentunya ini adalah khabar gembira kepada kakitangan awam, sungguhpun masih ada lagi segelintir yang enggan menyokong kerajaan.  Ini bermakna tarbiyah dan didikan agar tidak bersyukur dan tidak berterima kasih kepada yang memberi, yang diterapkan oleh pembangkang berjaya mekar di sanubari penjawat awam.
Seperkara yang sedang bermain di minda penulis ialah, apakah lagi tohmahan yang bakal diterima oleh Najib Razak dan syaf pimpinannya gara-gara bersifat prihatin dan berkebajikan.  Pastinya, akan ada fitnah bagi menafikan pengumuman yang menguntungkan rakyat ini.
Ini juga antara sebab mengapa pembangkang di negara ini boleh dikategorikan sebagai tidak menguntungkan rakyat.  Mereka kurang bersifat konstruktif, tetapi lebih kepada destruktif, sehingga kebaikan demi rakyat yang dibuat sekalipun tidak akan pernah dipuji.  Apa yang penting bagi mereka, ialah keberuntungan politikal. Dan memburuk-burukkan sesuatu yang baik sudah menjadi lumrah seharian mereka.
Apa yang sedang dilaksanakan bukanlah sebahagian dari konsep janji ditepati dengan merujuk kepada janji-janji manifesto 2008, akan tetapi sebagai pembuktian bahawa slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.  Setiap bebanan yang dipikul oleh rakyat, dimengertikan oleh kerajaan, dengan cara menyelusuri denyut nadi rakyat.

Dan Anwar Ibrahim tidak suka tentang keprihatinan Najib Razak kepada rakyat.
Cuba kita fikir sejenak, betapa penyokong pembangkang boleh juga disifatkan cukup “pariah”.
Apa yang Persekutuan beri, mereka ambil dan  terima.
Apa yang kerajaan negeri beri, mereka juga ambil dan terima.
Akan tetapi, mereka melabelkan secara lisan, apa yang diterima dari Persekutuan sebagai “rasuah”.
Manakala apa yang kerajaan negeri beri, mereka anggap itu adalah bukti negeri berkebajikan.
“Pariah” sungguh budi pekerti dan pemikiran mereka!
Kesimpulannya, IBM cuma nak jelaskan, memang pembangkang tidak pernah menghargai apa yang kerajaan buat, apa yang kerajaan beri mereka kebas, ibarat melepaskan anjing tersepit. Kita digigtnya. Itu PEMBANGKANG sial. Tapi, ada juga dikalangan penjawat awam yang pro kepada pembangkang. Inilah yang dikata 'duri dalam daging'. Kerajaan bagi depa sapu, tapi, tidak menyokong kerajaan. Hampehh!! Walau apapun, kepada DS Najib, teruskan TRANSFORMASI mu itu. Jasa mu dikenang. Insyallah, rakyat akan bersama-sama kita (BN). Sumber berita dipetik dari Selangor Daily.Com. Terima kasih. Ikhlas ~ IBM
TERIMA KASIH LE KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...