SUMBER berita yang IBM dapat semalam semasa lepak-lepak dengan kekawan selepas habis solat terawikh. Patut le Khalid gagap dan kerajaan PKR Selangor menentang habis-habisan projek Langat 2. Nak tahu kenapa?. Jawapnya simple je. Khalid gagap dan geng-gengnya ingin merompak lagi. Dengan erti kata lain, Khalid hendakkan projek tersebut untuk membuncitkan lagi perutnya dan mengkayakan kuncu-kuncunya. Duit bepp..sapa tak nak duit.
Itulah sebabnya Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim@ Khalid gagap didesak agar berhenti main tarik tali dengan Kerajaan Pusat berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2). Bagi IBM, tarik tali ini adalah stretagi Khalid bagi melambat-lambatkan projek tersebut. Cuba kalau projek itu terus di beri kepada kerajaan negeri, macamana? Sudah tentu diluluskan. Panjang akal si Khalid gagap ni dan di atas kepalanya sentiasa memiikirkan duit..duit..bukannya kepentingan dan kebajikan rakyat.
Semalam, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri tahu projek Langat 2 amat diperlukan rakyat tetapi mereka bertindak menghalang pembinaannya hanya kerana ia merupakan projek di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). "Mereka tahu krisis air yang sedang dihadapi penduduk negeri ini, namun mereka tetap berdegil dengan mengatakan Langat 2 tidak diperlukan.
"Tetapi jika Kerajaan Pusat menyerahkan projek pembangunan Langat 2 kepada pihak tersebut, pastinya mereka akan melaksanakannya demi memenangi hati rakyat Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Biasa le tu Datuk, apa nak di hairankan. Apapun, kita tunggu dan lihat apa kesudahannya isu ini. Sekiranya berlaku 'catutan air', IBM nak tengok rakyat Selangor melenting atau tidak, dan, adakah mereka akan bangkit menentang kerajaan PR Selangor ini yang sengaja ingin menjahanamkan negeri Selangor. Kita tunggggggu.
Itu je le yang IBM nak kongsikan bersama-sama dengan rakan-rakan pembaca sekelian, kerana berita KRISIS AIR yang agak runcing di Selangor ini memang hangat di perkatakan hari ini. Tapi...kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor masih lagi buat tak kisah. Kerajaan apa namanya ni. Fikir-fikirkanlah semasa memilih kerajaan baru di PRU ke-13 nanti. jangan tersalah pilih lagi. Merana kita dibuatnya. Sekian ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA