Wednesday, July 11, 2012

Tuah Pemain2 Badminton Negara : Jongkong Emas RM2j Menanti Mereka Jika Menang Emas Di Olimpik. Tapi, Bagaimana Yang Lain??

ANDREW KAM (kanan) memegang jongkong emas bernilai RM2 juta bersama-sama Chong Wei pada majlis pengumuman insentif tersebut di ibu negara semalam.

BERUNTUNG betul para ahli sukan negara sekarang ini. Apa tidaknya, jika mereka menang pingat emas dalam acara sukan di peringkat antarabangsa yang mereka sertai, ganjaran yang menanti mereka, sungguh-sungguh lumayan. 

JONGKONG EMAS. Itulah yang menanti para barisan pemain badminton negara sekiranya mereka memenangi pingat emas di Sukan Olimpik di London pada bulan Julai ini. JONGKONG emas bernilai RM2 juta. Itu ganjaran yang bakal menanti barisan pemain badminton negara. Waww...betuah le badan. Jadi tokeh emas le depa ni ye.

Ganjaran tersebut adalah sumbangan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC). Pengerusi KLRC, Datuk Seri Andrew Kam berkata, insentif jongkong emas itu adalah sebagai tanda sokongan daripada pihaknya terhadap barisan pemain badminton negara yang bakal menggalas cabaran di bumi London nanti. Katanya, ganjaran tersebut adalah khusus buat barisan pemain badminton negara sahaja.
Beliau mencabar pemain-pemain negara yang beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti untuk berusaha mendapatkan pingat emas. Tapi....takkan sukan badminton je. Bagaimana pula dengan sukan-sukan yang lain.? Tak ke nanti ada yang kecil hati, maka hilang pulak semangat mereka untuk memenangi sebarang pingat di Olimpik nanti. IBM berpendapat, eloklah sekiranya Majlis Sukan Olimpik Negara mempertimbangkan untuk memberi ganjaran yang sama. Barulah adil namanya. Jangan sampai mereka beranggapan mereka di anak tirikan.
Mesej mereka sama, tujuan mereka sama, 1 Malaysia le katakan. Jika mereka menang pingat emas, nama negara juga yang harum. IBM bukan nak jadi batu api, tapi, demi semangat kesukanan, berlaku adillah kepada para ahtlik kita. Kalau Datuk Seri Andrew Kam boleh membuat sumbangan kepada pasukan badminton negara dengan tawaran yang begitu mewah, tidak bolehkah usahawan-usahawan negara yang lain turut menyumbang seperti apa yang Datuk Seri Andrew lakukan?
IBM percaya, para pegawai Majlis Olimpik Malaysia mempunyai ramai kenalan dengan para ushawan di negara ini. Takkan seorang saja yang boleh menyumbang, mana yang lain-lain? Kan apa, IBM cuma beri pandangan sebelum ahli-ahli sukan ataupun persatuan sukan-sukan negara di racuni oleh pihak pembangkang, kerana pembangkang ni memang terkenal mencari isu dan mempolitikkan apa juga bahan termasuk sukan. Pembangkang ada di mana-mana, mereka memerhati dan sentiasa meneropong apa jua yang kerajaan buat. Itulah kepakaran pembangkang.
Maka, marilah kita berfikir sejenak, kerana berfikir sejenak itu boleh merubah segala-galanya. Sekian dari saya pencinta sukan dan majulah sukan untuk negara. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...