Friday, July 27, 2012

WOW!!! Jual Cendol Boleh Dapat RM120K Sebulan?


PERCAYA atau tidak, itulah rezeki dari Allah s.w.t kepada insanya yang berusaha gigih untuk menyara hidup keluarganya. Siapa sangka, hanya dengan menjual cendol boleh mendapat pendapatan yang begitu lumayan sekali. Apa yang perlu, usaha dan terus berusaha. Inilah yang terjadi kepada En Muhamad Burhan Salikon, 45 , peniaga cendol yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor.

Menurut kata En Borhan, beliau pernah diisytiharkan MUFLIS sehingga wang seringgit pun tiada dalam poket dan bank. Tapi, di atas usaha gigih beliau yang tidak pernah merasa putus asa, kini beliau mampu meraih pendapatan antara RM90,000 hingga RM120,000 sebulan. Tahniah En borhan!!.

Sebelum ini, En Borhan yang memiliki gerai Cendol Durian Burhan di tepi jalan Kuala Selangor -Tanjung Karang memulakan perniagaan sejak 1997 dengan pendapatan RM90 sehari sebelum beliau menerima bantuan perniagaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2008. Mengimbas kembali dimana beliau mula menjual cendol menggunakan basikal roda tiga pada 1997 sebelum perniagaannya maju hingga mempu membeli lori dan beberapa van serta menggajikan pekerja. 

Itulah serba sedikit al-kisah En Borhan yang telah berjaya di dalam perniagaan Cendol duriannya yang kini mampu mengubah corak hidupnya. Bagimana dengan anda semua, boleh kah mengikut langkah En Borhan ni?....IBM rasa, insyallah boleh. Sekali lagi IBM nak ucapkan tahniah kepada En Borhan, moga perniagaan cendol beliau terus berkembang maju. Kita mesti bangga dengan bangsa melayu kita yang kini mampu bersaing hebat berniaga dengan bangsa-bangsa lain di negara kita ini. Malaysia boleh, melayu boleh!! Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. Perghh kaya2, jgn lupa bayar zakat ye..hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam farul_izraf,

    Itulah berkat sabar dan usaha gigih. Kalau En Burhan boleh, kenapa tidak kita, tapi bukan hanya jual cendol je, byk yg lain asalkan berniaga barang yang halal. Btl x?

    Zakat...itu sudah semestinya kena bayar....:)

    ReplyDelete
  3. rezeki di tangan Allah SWT.Allhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Salam KEKURA,

    Betul tu. Rezeki di tangan Allah SWT. Tapi...usaha gigih kita mesti ada. Rezeki tidak dtg mengolek...mesti di cari dgn usaha. Insyallah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...