Wednesday, July 18, 2012

Pok Nik Kata : Jalur Gemilang, Jalur Gemilang Jugak , Bendera Pas Tak Boleh Lupa!!

Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz memukul gendang sebagai gimik pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 Peringkat Negeri Kelantan sambil disaksikan Mustapa Mohamed

SAMA dan senada je bila orang-orang Pas ni bercakap. Ibarat semasa pilihan raya. Kata orang-orang Pas, Umno bagi duit kita ambik, tapi...pangkah tetap Pas. Maka, begitu jugalah dengan Tok Guru depa, Pok Nik. Jalur gemilang, jalur gemilang jugak, tapi...bendera Pas tetap naik, tak boleh lupa. Itulah kata-kata dari mulut Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat. Memanglah, itukan dah dasar perjuangan Pas. Orang bagi depa sapu.

Kata Menteri Besar Kelantan itu, tidak boleh melupakan 'bendera parti' walaupun kempen kibar Jalur Gemilang diadakan. Kan apa, katanya kalau tidak ada parti, maka negara atau negeri tidak dapat di perintah. Maka, begitu jugalah pasal duit, tanpa duit langsung apa pun tak boleh buat. Itu sebab bila orang Umno bagi duit depa sapu bersih, tapi...undi tetap Pas. 

Apapun, kita semua dah faham sangat perangai orang -orang Pas ni. Kerat 10 pun mereka akan tetap sokong Pas. Maklumlah, Pas parti yang akan membawa pengikut-pengikutnya masuk syurga. Syurga kelas pertama. Begitulah apa yang IBM dengar dari risikan yang IBM buat. Aduhai...beruntung le orang-orang Pas. 

Kesimpulannya, mari kita ramai-ramai  'kibarkan jalur gemilang', tak kira dimana, rumah, pejabat, surau ataupun Masjid. Kita raikan bersama-sama sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-55 tahun negara kita. Orang Pas nak kibarkan ke atau tidak, itu hak depa. Biarkanlah mereka dengan kedegilannya dan ego mereka. Tak kemana pun. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...