Tuesday, July 10, 2012

Kit Siang Dihantui Oleh 'Mahathirisme' Yang Direkainya Sendiri?


BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoal tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan mengisytiharkan 'niat' untuk melawan legasi yang digelarnya sebagai 'Mahathirisme'. Jelas Tun, beliau sendiri tidak memahami erti 'Mahathirisme' tetapi ia jelas merupakan sesuatu yang menakutkan di dalam pemikiran Kit Siang. Katanya lagi, beliau tertanya-tanya mengapa Kit Siang takut kepada beliau? Ketakutan Kit Siang yang terbaru adalah tentang apa yang beliau sebut "Mahathirisme'. Ini bermakna Lim Kit Siang mengisytiharkan niatnya untuk melawan 'Mahathirisme'.

Mengikut kata Tun, 'Mahathirisme' telah mati selepas Tun Abdullah ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran daripada beliau pada 2003. Menurut Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali degan panggilan Pak Lah, telah mengubah UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan begitu banyak sehingga tidak menyerupai institusi yang beliau tahu. Itu antara sebabnya beliau 'meletakkan jawatan' daripada UMNO satu ketika dulu. Tun berkata demikian dalam enteri di blognya, http://chedet.cc, semalam.

Tun berbuat demikian kerana ingin mengulas akan kenyataan Lim Kit Siang menerusi blognya, http://blog.limkitsiang.com yang mahu menentang habis-habisan 'Mahathirisme'. Kenyataan Lim Kit Siang itu ada berkaitan yang kononnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terlalu bergantung dan menerima nasihat dari Tun Mahathir bagi terus mentadbir negara. Itu yang buat Kit Siang begang habis. Maka, timbulah "Mahathiririsme' di kepala Kit Siang. Singkat dan senget sungguh pemikiran pemimpin DAPig seko ni ye. Menurut Tun Mahathir lagi, beliau bukanlah rapat sangat degan DS Najib. Jadi, tidak timbul langsung yang beliau adalah penasihat kepada Perdana Menteri. DS Najib ada polisi-polisinya tersendiri.

Beliau akui memang aktif berkempen untuk UMNO/BN. Inilah masanya untuk beliau 'bayar' balik kepada UMNO/BN. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu, UMNO/BN lah yang membantu beliau. Beliau memang terhutang budi dengan UMNO/BN. Menyentuh tentang anak beliau, Datuk Mukhriz, sekiranya dipilih oleh Perdana Menteri untuk menjadi calon, insyallah beliau akan membantu berkempen untuk Mukhriz termasuk calon-calon UMNO/BN yang lain. Kalau Kit Siang boleh berkempen dan membantu anaknya, Lim Guan Eng sehingga menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, maka kenapa beliau tidak boleh.

Apapun katanya, beliau tidak ambil kisah samada Kit Siang mahu memusnahkan 'Mahathirisme' atau tidak. Ia hanyalah tindakan sia-sia kerana 'Mahathirisme' adalah khayalan Kit siang semata-mata. IBM setuju sangat tu. Biarkan pemimpin DAPig tu 'menyalak' dan terus menyalak seperti anjing menyalak bukit, bukit tidak juga runtuh. Maka, sekali lagi IBM mengajak para pembaca berfikir sejenak, kerana berfikir sejenak itu boleh merubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...