Tuesday, July 24, 2012

Apa Motif Lajim Jumpa Pok Nik Di KB??

Lajim (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu, semalam.
RAMAI yang tertanya-tanya. Apa sebenarnya motif Lajim membuat lawatan ke Kelantan, sekali gus berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat di pejabatnya semalam? Di sebalik spekulasi bahawa akan meninggalkan Umno, tapi, beliau telah pun meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Mengikut sumber terdekat, Lajim telahpun menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort. 

Pada perjumpaan tengah hari itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengambil masa kira-kira 40 minit mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan dalam suasana yang mesra. Mesra..memang mesra. Cuba lihat gambar di atas tu. Macam ada apa-apa je. Turut bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan. Macam rombongan nak meminang je.
Tapi...yang muskilnya tu, DS Lajim menyatakan bahawa beliau tidak akan mempertahankan Kerusi Ketua Bahagian. Ini seolah-olah beliau rasa kurang senang kerana kemungkinan jawatan sebagai Ketua Bahagian yang beliau sandang sekarang ni akan di tentang di musim pemilihan Umno bahagia tahun depan. Betul ke?....Maaf le sekiranya IBM salah. Ini adalah anggapan IBM sahaja.
Dengar cerita, pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut hanya berbincang isu di peringkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pemberisahan awam. Betul ke tu? Atau ada agenda lain yang tersorok. Apapun, kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran akan pertemuan di antara kedua-kedua pemimpin yang berlainan parti dan juga berbeza pendapat.
Buat masa ini, kita jangan cuba nak menuding jari kepada sesiapa pun, kerana ianya hanya sekadar membuat lawatan dan berjumpa untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Bagus le tu. Diharap tiadalah motif lain atau ada 'udang di sebalik mee' di atas perjumpaan Datuk Seri Lajim dan Pok Nik tu. Maklumlah PRU ke-13 dah hampir tiba, maka bermacam-macam anggapan dan tomahan yang akan dibuat, terutamanya pembangkang.
Sekian buat masa ini, bulan puasa ni tak boleh nak tulis yang bukan-bukan, kurang pahala puasa kita. Tulislah yang agak sederhana dan tidak menyakti hati orang lain dan apabila orang baca, tiada maki hamun keluar dari mulut para pembaca, terutamanya pembaca dari blog pembangkang. Depa tu suka cari salah orang je. Wasallam. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...