LAGI CERITA 'DAJAL SUCI' DIKALANGAN SELEBRITI YANG AKAN MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA PAS. AWAS!!
PATUT le beria-ia benar si Bob ni nak masuk Pas. Rupa-rupanya ada 'udang disebalik mee'. Cerita ni IBM dapat tahu dari member IBM juga yang ada kawan rapat dengan si Bob ni. Kata member IBM tu, memang itulah niat sebenar so Bob Lokman tu. Kerana sebelum ini, Bob ada berjinak-jinak dengan beberapa pemimpin-pemimpin Umno, kononnya nak bodek dan dapat tempat di dalam Umno, tapi hampa. Dia tidak dilayan. (Ini cerita benar).
So Bob ni memang pandai memutar belitkan apa yang beliau katakan. Menurut kawan IBM tu lagi, Bob menyuarakan, sekiranya tiada calon yang layak bertanding atau Pas ketandusan calon, maka beliau menawarkan diri untuk bertanding nanti. Memang bijak dan cantik yang ayat Bob gunakan. Cair pemimpin-pemimpin Pas dibuatnya. Bagi IBM, betulkah Pas ketandusan calon?...dan IBM nak tanya pada Bob Lokman, sudah lama benarkah dia menjadi ahli Pas sehingga melayakkan beliau bertanding sebagai calon di PRU ke-13 nanti?
IBM bukan dengki, itu hal Pas, lantak korang le. Tapi, jelas sekiranya Bob Lokman di pilih menjadi calon di PRU nanti, maka memang benarlah si Bob ni mempunyai kepentingan politik bukanya masuk Pas untuk memperjuangkan agama Islam seperti yang beliau war-warkan. Semalam di blog IBM, IBM paparkan tentang si Bob ni begitu yakin bahawa artis-artis sudah mula buka mata dan akan beramai-ramai menyertai Pas. Itu kata ko Bob. Tapi...bukan semua akan turut telunjuk ko dan akan menyertai Pas.
Itulah sedikit informasi yang IBM dapat dari rakan IBM yang agak rapat dengan Bob Lokman, dan hari ini di akhbar Sinar Harian ada juga dipaparkan tentang hasrat Bob Lokman untuk menjadi calon di PRU nanti. Jom baca. KLIK di sini. Pada pandangan rakan-rakan pembaca sekalian, adakah Bob layak menjadi calon? Kalau nak komen, komenlah dengan jujur dan cara berhemah. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA