PUASA menjadikan seseorang itu lebih kuat psikologinya apabila berjaya menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.
PUASA tidak hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi puasa juga merupakan ujian psikologikal untuk manusia.
Setiap kali menjelang bulan Ramadan, banyak daripada kita mula menanam tekad dan azam baharu. Banyak daripada kita mula meningkatkan amalan baik dan mengurangkan tabiat tidak elok yang biasanya dilakukan pada bulan-bulan lain.
Kalau sebelum ini ada yang jarang ke masjid, pada bulan Ramadan semua daripada kita mula mendekatkan diri bersama jemaah yang lain. Ada yang tidak mampu berhenti merokok, tetapi sebaik sahaja berpuasa, semua tabiat itu dapat ditinggalkan.
Selamat menjalankan ibadah puasa, moga puasa tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sudah. Sekian, ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA