Monday, July 30, 2012

Puasa Satu Kewajipan Walaupun Dalam Olimpik!!


Mufti Dubai, Ahmed Abdul Aziz Al Haddad berkata, umat Islam yang bersaing di sukan Olimpik perlu menjalani ibadah berpuasa tanpa mengira ia akan memberi kesan kepada prestasi mereka ataupun tidak.
“Atlet Muslim mesti berpuasa kerana mereka mewakili Islam di sukan Olimpik. “Mereka menjadi duta untuk iman mereka. Pengertian Islam mestilah hadir dalam tindakan mereka, dan mereka tidak jatuh ke dalam apa-apa yang Islam melarang.” katanya.
“Jika seseorang merasa keletihan yang melampau, syariah membenarkan seseorang itu untuk berbuka puasa. Tambah Ahmed Abdul Aziz, “atlet boleh makan atau minum jika berpuasa itu akan mengancam kesihatan mereka.” "lagipun, syariah adalah fleksibel," katanya lagi.
Penerangan yang jelas dari Mufti Dubai, Ahmed Abdul Aziz al Haddad. Nanti janganlah pulak di politikkan. Biasalah, pembangkang ni memang sentiasa mengintai dan cari silap kerajaan....dan yang menjadi mangsanya ialah para athlit kita yang sedang bertarung di Olimpik London.
Mari sama-sama kita mendoakan agar para athlit kita beroleh kejayaan dan berjayalah hendaknya kita membawa pulang sebutir pingat kilauan EMAS nanti. Dah lama beno kita meraih sebarang pingat di sukan Olimpik. Amin! Ikhlas dari saya ~ IBM
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA DAN TERIMA KASIH LE KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...