Saturday, August 13, 2011

Kejohanan Badminton Dunia : Datuk Lee Chong Wei melangkah ke Final

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

SEMBANG-SEMBANG SUKAN (Badminton) :

Tahniah! Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana mara ke final di kejohonan Badminton Dunia di Arena Wembley, London sebentar tadi. Datuk Lee menumpaskan juara bertahan Chen Jin dari China dengan straight game 21-13, 21-9. Menanti beliau di final pemenang pertemuan di antara Lin Dan (China) dan Peter Gade (Denmark).

Selaku juara bertahan, Chen Jin akur dengan kehebatan Datuk Lee Chong Wei. Kepada semua peminat-peminat badminton tanah air, sama-sama kita berdoa bagi memastikan kejayaan pemain kesayangan negara dan juga pemain no1 dunia ini. Andainya berjaya menjadi juara, Datuk Lee Chong Wei adalah pemain pertama negara yang berjaya merangkul pingat emas di kejohonan Badminton Dunia yang di idam-idamkan semua pemain badmintan dunia.

Jangan lupa menonton di Astro Arena perlawanan akhir esok. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei adalah kejayaan untuk semua. Selamat menonton. Ikhlas dari : IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...