Sunday, July 17, 2011

Kalah Bermaruah : Malaysia 3 Liverpool 6

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

3 - 6

SEMBANG-SEMBANG BOLA :

Walaupun tewas, tapi skuad Harimau boleh berjalan tegak kerana mereka telah mempamirkan permainan yang cukup matang dan membanggakan. Mereka telah bersaing hebat dengan Liverpool sehinggakan keputusan di separuh masa pertama terikat 1-1.

Di separuh masa kedua terdapat sedikit kelonggaran di bahagian pertahanan sehingga ketinggalan 4-1. Tapi, skuad Harimau ini yang dikendalikan di bawah jurulatih Datuk R.Rajagopal terus mengaum sehingga merapatkan jurang jaringan gol kepada 3-4. Tapi, Liverpool terus menganas menambahkan 2 lagi gol di masa tambahan. Apapun, kami rakyat Malaysia bangga dengan skuad Harimau dan mendoakan agar terus berjaya dan mengharumkan nama negara. - IBM

[KUALA LUMPUR – Sebelum kita umumkan keputusan penuh….nak cakap….tahniah Harimau Malaya!!!!

Walaupun tewas, tetapi pasukan negara sempat juga merobek gawang Liverpool sebanyak 3 kali.

Malaysia telah memberikan tentangan yang mungkin tidak diduga oleh peminat bola sepak tempatan kepada salah sebuah kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sangat handal, Liverpool.

Di akhir perlawanan yang bermula seawal 5.45 petang tadi, Liverpoool dengan rasminya berjaya mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1.

Penjaring Malaysia ialah Safiq Rahim (minit ke-42) dan Mohd Safee Mohd Sali (79 & 81) manakala penjaring gol Liverpool pula ialah Charlie Adam (26)), David Ngoc (57 & 58), Maxi Rodriguez (74 &
90), Dirt Kuyt (93).]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...