Showing posts with label khalid gagap. Show all posts
Showing posts with label khalid gagap. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Surat Khalid gagap kepada Agong, suara rakyat?..kah..kah..kah..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Entah kenapa IBM langsung tak boleh tengok muka si Khalid gagap ni. Menyampah, geram semuanya timbul di kepala ini. IBM yakin rakyat Selangor pun begitu. Dah le gagap, sombong, dan tak sedar diri pulak tu. Apa dia ingat dia akan kekal selama-lamanya sebagai Menteri Besar?. Kau tunggu Khalid, kau tunggu PRU ke -13 nanti. Nasib mu di hujung tanduk dan Pakatan Rakyat akan berkubur.


Adil? adil yang macamana si gagap hendak?. Kelakar, memang kelakar. Kalaulah betul SPR tidak telus, tidak adil dan berat kepada BN, masakan dia menang di PRU ke-12 yang lalu, dan masakan Pakatan Rakyat boleh menang di beberapa negeri termasuk negeri Selangor ini?..dan kenapa dia boleh menjadi Menteri Besar? Jawap Khalid, jangan tak jawab, tapi jangan tergagap-gagap.

Wahai Khalid, jagalah mulut kamu yang gagap tu, janganlah cuba-cuba nak jadi hero kepada rakyat. Jagalah PKR, Parti Kelentung Rakyat, Parti Kian Runtuh dan jagalah negeri Selangor baik-baik. Kerana apa?...kerana, UMNO/BN sudah bersedia untuk merampas kembali negeri Selangor dari kamu dan kuncu-kuncu kamu. Ariyos Khalid gagap!! - IBM

Tuesday, June 28, 2011

Khalid Gagap Baling Batu Sembunyi Tangan ??

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

< MB Selangor tidak bertanggungjawab >

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila membayangkan tidak akan menghadiri perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan sedangkan pada masa yang sama beliau menyeru rakyat negeri ini agar menyertai perhimpunan itu.

Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Nor Akmal Ibos berkata, Abdul Khalid sebenarnya takut ditangkap pihak berkuasa jika menyertainya kerana sedar perhimpunan haram itu menyalahi undang-undang negara.

"Abdul Khalid sanggup memperjudikan nasib rakyat negeri ini apabila mendakwa ia bukanlah satu perhimpunan haram dan tidak ada sesiapa akan ditangkap pihak berkuasa bagi merayu kehadiran rakyat pada perhimpunan itu.

''Rakyat biasa mungkin akan ditangkap oleh pihak berkuasa jika mereka menyertai perhimpunan haram itu sedangkan Abdul Khalid terus berkuasa sebagai Menteri Besar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik Abdul Khalid sebagai berkata, beliau membayangkan tidak akan hadir menyertai perhimpunan yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S. Ambiga itu.

Abdul Khalid berkata, adalah tidak adil sekiranya beliau perlu mengetepikan tugasan sebagai pemimpin negeri hanya untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Nor Akmal menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan haram kerana ia adalah satu budaya negatif yang mengganggu ketenteraman awam.

''Tidak kira siapa pun penganjurnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba menggerakkan budaya perhimpunan haram di negara ini," katanya.

Ahli Majlis Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Wan Indra Putra Ahmad berkata, kenyataan Abdul Khalid itu jelas bercanggah dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang merupakan 'individu di sebalik tabir' bagi menjayakan perhimpunan itu.

''Abdul Khalid sedar bahawa Azmin bersungguh-sungguh mahu semua pihak termasuk pemimpin pembangkang terlibat dalam perhimpunan itu dan sebab itulah beliau (Abdul Khalid) tidak mahu hadir.

''Ini kerana, Abdul Khalid sememangnya sudah lama bimbang Azmin akan menggugat kedudukannya sebagai Menteri Besar memandangkan hubungan rapat Azmin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR)," jelasnya.

MEMANG TAK LAYAK LANGSUNG SI KHALID GAGAP NI JADI MENTERI BESAR SELANGOR. KEPADA RAKYAT SELANGOR, SAYA INGIN MENYERU ANDA SEMUA, MARI KITA HUMBANKAN SI KHALID GAGAP NI NEGERI SELANGOR.
APA ANDA PERLU BUAT..?...TOLAK PKR DAN PAKATAN RAKYAT DI PRU KE -13 NANTI. BERI MANDAT KEPADA BN/UMNO UNTUK TERUS MENERAJUI NEGERI SELANGOR - IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...