Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

'Mak Lampir' Tak Gentar Saman KDN!

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Berlagak betul si 'mak lampir' ni. Katanya, nak saman, saman le, tak gentar pun. Lagi pun, katanya KDN tiada hak mendakwa sesiapa juga yang mengkritiknya. Woww!..kebal betul 'mak lampir' ni, berguru dengan Mona Fandi kot..Hehehe. ~ IBM

"Saya tak gentar katanya".....

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin sedia berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya berhubung Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Sambil mempertahankan dakwaannya sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang itu berkata PKR tidak pernah membuat sebarang dakwaan tanpa bukti dan asas yang kukuh.

"Saya tidak takut sekiranya mereka mahu menyaman ataupun mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap... kami sentiasa bersedia.

"PKR sentiasa bertanggungjawab terhadap tindakan kami. Insya-Allah kami sedang mengumpulkan maklumat lanjut dan menunggu masa yang sesuai untuk dedahkan bukti-bukti tersebut," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam bahawa kementerian itu sedang menimbang bentuk tindakan terhadao Zuraida kerana sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan wujudnya "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program 6P.

Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

Bagaimanapun menurut Zuraida, institusi kerajaan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang mengkritik tindakan kerajaan.

"Tan Sri Mahmood sepatutnya tahu undang-undang. Dalam Perlembagaan jelas sekali menyebut bahawa mereka tidak boleh menyaman mana-mana individu.

"Jadi jelas juga bahawa mereka tidak boleh menyaman saya," katanya sambil menyatakan beliau turut mendapatkan nasihat peguam berhubung perkara berkenaan.

Selain itu menurut beliau, pihaknya akan memfailkan satu laporan polis terhadap KDN dalam masa terdekat berhubung isu Program 6P. Ekoran dari itu IMIGRESEN PUN BUAT LAPORAN :

Mengikut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong (Gambar), laporan itu dibuat di Balai polis Seksyen 11, Shah Alam, semalam. Dan, menurutnya, satu saman 'Fitnah' sedang siap dibuat terhadap Zuraidah dan akan difailkan beberapa hari lagi. Habis le ko 'Mak lampir' oii.....tu lah, celupar sangat. Kebal konon, chittt!

Tuesday, August 23, 2011

'Mak Lampir', Zuraida Akan Di Dakwa?

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Rupa-rupanya mak lampir ni seorang ahli 'nujum mak belalang'. Ketua wanita PKR ni memang pandai menilik dan dari tilikkannya, beliau mendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menujudkan 'skrip bersumpah' bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika mendaftar dengan program 6P.

Pandai betui si mak lampir ni buat fitnah. Apa punya jahat mulut perempuan PKR ni. Ekoran dari mulutnya yang jahat, busuk, padah menantinya. Padan mukanya. ~ IBM

~ Ini ceritanya........

KDN timbang tindakan terhadap Ketua Wanita PKR

PUTRAJAYA 22 Ogos – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bakal berdepan dengan tiga tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya wujud ‘skrip bersumpah’ yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga kini Zuraidah masih gagal membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaannya itu.

‘‘Justeru, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

‘‘KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekali gus dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zuraidah, katanya, menuduh inisiatif kerajaan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

Minggu lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.

Pada skrip itu katanya, tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa beliau sebagai diperoleh daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekali gus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.


Saturday, July 30, 2011

KEADILAN hampir tenggelam, mengemis dana untuk PRU-13

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

SAH. Parti Keadilan Rakyat sudah menghampiri ke liang lahat. Sudah hampir untuk berkubur dan akan dikuburkan tak lama lagi. Tengok je kapal PKR tu, bukan hampir karam, tapi dah pasti karam. Bukan sahaja mereka menghadapi krisis politik dalaman, tapi isu kewangan juga telah menghantui kepala mereka. Mereka sudah hampir muflis. Maka mereka terpaksa mengemis dan meminta pertolongan dan merayu sehingga mereka terpaksa menubuhkan 'Tabung Pilihan Raya KEADILAN' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Nak buktinya?... mai baca.....ini bukan tipu, tapi kenyataan yang nyata - IBM
Dari SUARA KEADILAN KELUARAN 26 JULAI :

Tajuk : KEADILAN rayu dana PRU 13.

SEBAGAI persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Parti keadilan Rakyat (KEADILAN) merayu sumbangan kewangan.

Tabung Pilihan Raya KEADILAN dilancarkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim 27 Mac lalu, Kutipan dana dibuat berterusan sehingga ketibaan PRU 13.

Sumbangan boleh disampaikan melalui cek atas nama "Parti Keadilan Rakyat" dan/atau bank in ke akaun Maybank KEADILAN : 5-64191-02540-9.

Untuk maklumat lanjut, melayari http://sumbangan.keadilanrakyat.org/index.html.

Tuesday, July 19, 2011

Blogger PKR Kantoi, kena keluar duit poket RM300K akibat memfitnah..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

[DIPETIK DARI : Mynewshub]

Akhirnya segala tomahan dan fitnah terhadap Datuk Seri Rais Yatim terbela apabila Hakim mengarahkan bloger Pro PKR yang memfitnah beliau merogol pembantu rumahnya. Tahniah Datuk Seri!

Kepada blogger yang malang ini,dan juga nak jadi hero konon, jangan salah langkah lagi, berhati-hati bila menulis, jangan sewenang-wenang menabur fitnah dan jangan menulis ikut sedap tangan, buruk akibatnya. Negara kita ada undang-undang. Nak cari populariti bukan itu caranya. So, don't play with fire - IBM

[KUALA LUMPUR – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim memperoleh ganti rugi sebanyak RM300,000 daripada seorang blogger, Azimudin Ahmat yang memfitnah beliau merogol pembantu rumahnya.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan bloger tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000.

Amizudin, 42, bertanggungjawab bagi perbuatan memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel berkenaan, yang disiar beserta dengan gambar beliau, pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata, seluruh artikel itu adalah berniat jahat serta memfitnahnya, selain membawa maksud yang beliau melakukan kesalahan serius, iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumah Indonesianya.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan dakwaan itu selepas penulis blog berkenaan menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Rais selama lapan tahun, dilaporkan portal berita Indonesia menafikan yang dia diberi layanan buruk atau dirogol majikannya.

Terdahulu Muhammad Shafee meminta mahkamah memerintahkan penulis blog berkenaan membayar ganti rugi teruk dan teladan kepada Rais kerana fitnah yang disiarkan amat serius dan menyebabkan reputasi menteri itu tercalar.

“Saya rasa tidak pernah lagi seorang menteri kabinet, sama ada di Malaysia atau di dunia, difitnah sedemikian rupa,” katanya sambil menambah Rais telah lama bergiat dalam arena politik serta menganggotai kabinet selama 37 tahun di bawah lima perdana menteri.

Leong pula berkata, Amizudin hanya memaparkan artikel yang telah disiarkan akhbar Harakah tanpa menambah sebarang perkataan dan beliau juga bukan penulis asalnya.]


Saturday, July 9, 2011

Surat Khalid gagap kepada Agong, suara rakyat?..kah..kah..kah..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Entah kenapa IBM langsung tak boleh tengok muka si Khalid gagap ni. Menyampah, geram semuanya timbul di kepala ini. IBM yakin rakyat Selangor pun begitu. Dah le gagap, sombong, dan tak sedar diri pulak tu. Apa dia ingat dia akan kekal selama-lamanya sebagai Menteri Besar?. Kau tunggu Khalid, kau tunggu PRU ke -13 nanti. Nasib mu di hujung tanduk dan Pakatan Rakyat akan berkubur.


Adil? adil yang macamana si gagap hendak?. Kelakar, memang kelakar. Kalaulah betul SPR tidak telus, tidak adil dan berat kepada BN, masakan dia menang di PRU ke-12 yang lalu, dan masakan Pakatan Rakyat boleh menang di beberapa negeri termasuk negeri Selangor ini?..dan kenapa dia boleh menjadi Menteri Besar? Jawap Khalid, jangan tak jawab, tapi jangan tergagap-gagap.

Wahai Khalid, jagalah mulut kamu yang gagap tu, janganlah cuba-cuba nak jadi hero kepada rakyat. Jagalah PKR, Parti Kelentung Rakyat, Parti Kian Runtuh dan jagalah negeri Selangor baik-baik. Kerana apa?...kerana, UMNO/BN sudah bersedia untuk merampas kembali negeri Selangor dari kamu dan kuncu-kuncu kamu. Ariyos Khalid gagap!! - IBM

Thursday, June 30, 2011

"Suara Keadilan " Akhbar Haram Tiada Permit

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Walaupun 'Suara Keadilan' tidak mendapat permit dari pihak berkuasa, namun masih dijual berleluasa di sekitar ibu kota, manakala Harakah pula disedarkan terbuka kepada umum meskipun dimuka depan Harakah dicetak 'untuk ahli sahaja'

Contohnya kedua-dua akhbar ini secara terang-terangan seakan mempromosikan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu perhimpunan ‘bersih’. Semua artikel di dalam akbar ini menghasut rakyat dengan cerita yang tidak benar dan bakal mengacau bilaukan Negara. Kita pula seakan ‘merestui’ akhbar ini dijual secara terbuka. Di kebanyakan kedai, akhbar ini boleh di dapati dengan mudah. Adakah kita mahu perkara ini terus berlarutan tanpa sebarang tindakan, ??

KDN KENA TEGAS. AMBIL TINDAKAN SEGERA. ISI KANDUNGAN KEDUA-DUA AKHBAR TERSEBUT MEMANG BERBAU FITNAH DAN MEMBURUKKAN KERAJAAN - IBM

Khalid gagap membazirkan duit rakyat, bantu 'BERSIH'

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAH UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

< Berbelanja RM15,000 Menerbitkan Riasalah Untuk Bersih >

Ini yang mereka katakan untuk menubuh 'negara berkebajikan'? Guna duit kerajaan negeri (duit rakyat) bagi membantu kumpulan haram Bersih untuk berdemostrasi. Inilah cara mereka berbelanja. Apalah nasib rakyat negeri Selangor mempunyai seorang Menteri Besar yang banggap, bodoh, bongkak, tak tahu apa nak sebut lagi.

Sanggup membelanjakan RM15k bagi menerbit risalah berkaitan gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0. Dan dia juga sanggup merancuni hati dan menyuruh rakyat Selangor untuk turun berdemo pada 9 Julai ini. Menteri Besar apa dia ni?

Bagi pandangan saya, ini jelas bahawa kerajaan negeri Selangor yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) dan komponen-komponennya adalah penaja dan dalang di balik perhimpunan haram ini. Dan saya juga tidak terkejut kalau kerajaan negeri Selangor terbabit dengan perlibatan PSM untuk menghidupkan kembali ideologi yang berunsurkan komunis.

Mereka kata Bersih memperjuangkan demokrasi supaya rakyat dapat bersuara dalam keadaan aman dalam usaha membangunkan bukan menjahanam negara.

Apa le punya statement ni. Hanya orang yang bodoh seperti si Khalid gagap ni sahaja yang percaya dan itulah sebab dia pula ingin memperbodoh-bodohkan rakyat Selangor.

Saya sempat minta komen dari rakan-rakan cina semasa saya mengambil anak saya di Sekolah hari ini. Komen mereka : "Dah tiba masanya Umno/BN ambil kembali negeri Selangor. Dan itu Menteri Besar, Khalid, kita mesti buang dia. Dia sudah banyak susahkan rakyat, PKR, PAS, DAP langsung tak boleh pakai. Sultan pun dia orang lawan....apa lagi dia orang mahu."..?..lebih kurang begitulah rintihan mereka.


Monday, June 20, 2011

Anwar dinasihatkan jangan sibuk, tumpu kes liwat

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya menumpukan pada kes liwatnya dan menjawab dakwaan Mohd. Saiful Bukhari Azlan di mahkamah daripada 'berkokok' berlagak seperti hero di negara ini.

Justeru Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Ezam Mohd. Nor menegaskan, Anwar tiada hak meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjamin pilihan raya yang adil bagi membolehkan pembangkang menangguhkan perhimpunan haram Bersih.

"Kita telah saksikan sendiri betapa rosak dan tempangnya proses pilihan raya PKR. Sehinggakan hari ini, semua isu besar yang ditimbulkan calon-calon yang bertanding masih tidak dijawab.

"Dalam pilihan raya PKR hanya satu jaminan yang pasti dan jelas daripada Anwar untuk ahli parti iaitu Azmin Ali mesti dijamin menang walau apa cara sekalipun," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Ezam, episod skandal penyelewengan Anwar-Azmin itu disaksikan berminggu-minggu dan berakhir dengan keluarnya tokoh-tokoh PKR.

KOMEN IBM : ITULAH KETELUSAN YANG DIAMALKAN OLEH PKR. BERSIH, ADIL DAN SAKSAMA. KUMAN DI SEBERANG BOLEH NAMPAK, BANGKAI GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK. KEPADA PENGIKUT-PENGIKUT SI AL-JUBURI, SOKONG..SOKONG...ANGKAT TELO SI ANWAR TU. TAK LAMA LAGI DIA NAK KEDALAM, BILA LAGI..HEHEHE..


Thursday, June 16, 2011

Suara Keadilan Suara Yang Di Tolak Rakyat, Lidah Syaitan

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah di sini hari ini kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk ‘Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi’ dan laporan muka depan bertajuk ‘UMNO Putih Mata’.

Samsul Adabi berkata ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam Pas baru-baru ini, beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu telah dikuasai oleh PKR daripada segi barisan baru penjawat jawatan dan ini menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh UMNO tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang Barisan Nasional (BN), Samsul Adabi berkata beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan Pas bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu.

Bagaimanapun, apa yang dilaporkan adalah sebaliknya. Kenyataan seperti UMNO putih mata dan akan berdepan kesukaran dalam pilihan raya umum ke-13… beliau tidak kata begitu.

Kenyataan beliau telah dimanipulasi bagi menyokong ideologi mereka. Beliau berasa kecewa dan sedih. Tidak wajar bagi sesebuah akhbar untuk berbuat begini kepada sesiapapun, terutamanya ahli akademik seperti beliau.

Mengenai sama ada beliau mahu akhbar terbabit memohon maaf, menarik balik artikel itu atau membuat pembetulan, beliau berkata setakat ini, masih memikirkan langkah seterusnya yang akan diambil.

KOMEN IBM : SURUH DEPA MINTA MAAF DAN SAMAN SEKALI. JANGAN KASI MUKA KAT DEPA TU.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...