Showing posts with label info isu semasa. Show all posts
Showing posts with label info isu semasa. Show all posts

Friday, August 12, 2011

UMNO Prihatin! Taja Keluarga Asyraf Ke London

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Bukan mencari publisiti, bukan memancing undi untuk PRU akan datang, tapi UMNO ikhlas, prihatin kepada bangsanya yang bermasalah, apatah lagi bila melibatkan pelajar yang berlajar di luar negara. Pelajar tersebut telah di serang ketika keluar untuk membeli makanan bagi berbuka puasa, tiba-tiba di serang oleh sekumpulan perusuh yamg membuat rusuhan di United Kingdom.

Kalau tidak UMNO siapa lagi yang boleh membela nasib rakyatnya? Sekalung tahniah kepada UMNO kerana membantu ahli keluarga Asyraf untuk pergi ke London. Kepada keluarga Asyraf, semoga selamat pergi dan kembali dan kita di Malaysia sama-sama mendoakan agar Asyraf cepat sembuh. Ikhlas dari : IBM

Baca cerita selanjutnya oleh utusan online..........

Ahmad Maslan (dua dari kanan) melihat gambar Muhammad Asyraf Haziq Rossli dalam pertemuan dengan ibu bapa mangsa di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Rossli Harun (empat dari kanan), Maznah Abu Mansoor (tiga dari kiri) dan Mohamad Fitri Rossl (tengah).


KUALA LUMPUR 11 Ogos - Keluarga pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera dibelasah oleh perusuh di London, Selasa lalu, kini boleh menarik nafas lega apabila UMNO tampil menghulurkan bantuan menaja tiket penerbangan mereka ke London, esok.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain tiket penerbangan, semua urusan ibu dan bapa Muhammad Asyraf serta adik bongsunya sepanjang di London akan ditanggung oleh Kelab UMNO London.

''UMNO bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Muhammad Asyraf Haziq dan terpanggil untuk membantu keluarganya kerana mereka bukanlah daripada keluarga yang berada.

''Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan kebimbangan mereka mengenai nasib Muhammad Asyraf Haziq selepas kejadian itu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan itu di sini, hari ini.

Turut hadir, ibu bapa Muhammad Asyraf Haziq iaitu Rossli Harun, 49, dan Maznah Abu Mansor, 47, serta anak bongsu mereka, Muhammad Fitri, 8.

Pada majlis itu, Ahmad turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada ibu bapa Muhammad Asyraf Haziq sebagai persediaan ke London.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Maslan turut menasihati para pelajar Malaysia di London supaya mengelak daripada terlibat dan terjebak dalam demonstrasi jalanan.

Katanya, meskipun keadaan dilaporkan semakin pulih, pelajar dan rakyat Malaysia masih perlu berhati-hati dan tidak sesekali keluar bersendirian.

''Kita juga berharap mereka sentiasa berhubungan dengan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London atau wakil-wakil Kelab UMNO di sana," kata beliau.


Anwar benggang dengan Tony Fernandes?..tak dapat beli saham MAS kot!!

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Tak habis-habis nak merapu si mamat seko ni. Ibarat tak dapat tanduk, teliga di pulas. Nak pulas telinga siapa ye?. apapun itulah yang cuba dilakukan oleh si pengkhianat negara, penipu no 1 negara, Anwar yang cuba memutar belitkan isu Pertukaran Saham Diantara Malaysia Airlines (MAS)-AirAsia.

Dia cuba mengambil perhatian rakyat, bahawa dia hero, dialah pakar segala pakar, termasuk kepakaran didalam industri penerbangan. Oh ya...mungkin juga dia masih merasakan yang dia masih lagi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang tidak lama lagi akan di lantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Agaknya le...hehehehe. Masih berangan nak jadi Perdana Menteri ke si nuar ni? Podahhhh! - IBM

Katanya, pertukaran saham MAS-AirAsia wujudkan monopoli...monopoli apa?...bacalah korang, malas nak ulas tentang si bahlol ni......

KUALA LUMPUR: Pertukaran saham di antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia membangkitkan kerisauan serius tentang penguasaan AirAsia dan kemungkinan berlaku monopoli ke atas industri penerbangan tanahair.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu mungkin membawa kepada monopoli kerana ia membabitkan monopoli dan juga broker kuasa politik.

“Malah, penglibatan Pengerusi AirAsia, Tony Fernandes dan penamanya dalam lembaga pengarah MAS turut menimbulkan konflik kepentingan walaupun beliau memegang jawatan bukan eksekutif,” kata Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tony Fernandes dan syarikatnya, Tune Air Sdn Bhd semalam menukarkan 10 peratus kepentingan saham dalam AirAsia dengan 20.5 peratus saham dalam MAS.

Menurut Anwar, pertukaran saham itu amat jelas menyalahi peraturan urus tadbir korporat dan tidak patut dibiarkan berlaku.

Ia juga menimbulkan persoalan terhadap nasib program transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan meriah menggunakan wang rakyat.

“Adakah kerajaan sekarang mengakui pemulihan MAS yang dikatakan berjaya sebelum ini adalah satu ‘pertunjukan’ semata-mata?

“Najib perlu dipertanggungjawabkan kerana mengelirukan rakyat tentang ini,” kata Anwar.

Urusniaga itu juga, kata Anwar, membangkitkan isu ketelusan kerana ia dilakukan dengan penuh kerahsiaan.

“Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti perlu menyiasat kemungkinan berlakunya urusniaga dalaman membabitkan saham kedua-dua entiti ini,” kata Anwar.

Dalam kenyataan sama, Anwar turut melahirkan kerisauannya tentang urusniaga itu yang akan menguntungkan pihak minoriti tetapi merugikan pihak majoriti.

“Saya risau urusniaga ini menguntungkan pihak minoriti dan mengorbankan pihak majoriti, iaitu pekerja MAS yang berkhidmat dengan penerbangan nasional kita dengan berdedikasi dan setia walau pun diberikan pilihan yang teruk dan tidak mendapat bonus selama bertahun-tahun,” kata Anwar

Sunday, July 10, 2011

BERSIH Akan Disaman?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ekoran dari perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Bersih, kemungkinan penganjur Bersih akan menghadapi tindakan 'SAMAN' daripada Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas). Tindakan tersebut di buat kerana para peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka pada hari Sabtu lepas (semalam) kerana takut kekecohan dan kerosakan harta benda akan berlaku.

Penganjur Bersih harus bertanggungjawab didalam hal ini. Mereka seolah-olah menabur 'PASIR' kedalam periuk nasi para peniaga di sekitar ibukota. Maka saya secara peribadi menyokong penuh supaya Ikhlas menyaman pihak penganjur himpunan Bersih yang telah banyak menyusahkan mereka. Mereka mahu pembelaan.

Keluhan dari Para Peniaga dan kesedihan pula menimpa keluarga setelah ketua keluarga mereka ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram seperti Bersih. Kesian mereka.

Himpunan 9 Julai: Persatuan peniaga dakwa rugi RM100 juta

July 10, 2011

[KUALA LUMPUR, 10 Julai — Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa perhimpunan semalam menyebabkan peniaga kecil di sini kerugian kira-kira RM100 juta.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya manakala Pemuda Umno pula menganjurkan perhimpunan balas memprotes gabungan itu.

Beliau berkata perhimpunan yang bermatlamat mencemarkan imej Malaysia itu, melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil dan sehubungan itu, khidmat guaman percuma akan disediakan bagi membolehkan perkara itu dibawa ke mahkamah.

“Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Mohd Ridzuan berkata pihaknya akan turun padang untuk menyiasat perkara itu sehingga hujung bulan ini, dan meminta semua peniaga membuat laporan polis berhubung kerugian yang dialami serta menyerahkannya kepada bilik gerakan sementara yang diwujudkan di kawasan Masjid India.

“Kami menjangka setiap seorang peniaga mengalami jumlah kerugian sebanyak RM10,000. Kita sudah ada seorang peguam, dan dua lagi menunggu untuk membantu kita dalam hal ini,” katanya.]


SAMAN JANGAN TAK SAMA. MEREKA (BERSIH) NI DAH LEBIH. AMIGA DAN ANWAR KAN BANYAK DUIT, DUIT HARAM DARI LUAR.- IBM

Thursday, June 30, 2011

'Jangan Ganggu Periuk Nasi Kami' - rayu pengusaha Teksi

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Berbaris panjang menunggu giliran untuk mengambil penumpang


Perhimpunan BERSIH yang akan di adakan pada 9 Julai ini, telah mengundang kemarahan oleh banyak pihak, termasuk pemandu teksi di Ibu kota. Mereka sebulat suara membantah perhimpunan haram tersebut dengan menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam yang mana di turut serta oleh Pergerakan Puteri UMNO yang di ketuai oleh ketuanya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Menurut Datuk Rosnah, kerjasama ini dilakukan kerana pihak Puteri bimbang apa yang akan berlaku dalam negara tidak membawa manafat apa-apa dan hanya mencetus hura-hara. Apa sebenarnya motif demonstrasi jalanan ini di adakan?

Kemungkinan besar perkara seperti ini boleh berlaku (bakar kenderaan) sekiranya pergaduhan tercetus, siapa yang akan bertanggung jawab? adakah ini yang Penganjur Bersih mahu kan?

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia, En Azmi Mohd Yatim berkata, pemandu teksi mengutuk dan membantah keras demonstrasi haram itu. Jangan ganggu periuk nasi kami, pergilah berhimpun di Stadium yang tidak menganggu kami dan orang-orang awam.

Pagi tadi IBM sempat bertanya (secara kebetulan) kepada seorang rakan lama yang memandu teksi akan perhimpunan haram itu. Reaksi dan jawapan beliau : "Memang tak bertanggungjawab langsung. Demonstrasi ini akan menjejaskan ekonomi negara dan termasuklah kami pemandu-pemandu teksi yg cari makan, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Hentikanlah," katanya dengan nada yang kesal.

Wednesday, June 29, 2011

Patutlah Ambiga berani nak gila, ada 'back up' rupanya...

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

< Keberanian Luar Biasa Ambiga Kerana Pihak Asing Dibelakangnya >

Dalam firasat saya, ada sesuatu yang tak kena kepada perhimpunan BERSIH 2.0 ini. Ketua penganjurnya, Ambiga telah pun di panggil oleh pihak Polis dan telah pun di nasihatkan supaya memberhentikan perhimpunan haram tersebut. Tapi, beliau masih berdegil dan akan meneruskan perhimpunan haram tersebut pada 9 Julai ini, walaupun risikonya tinggi, dan kemungkian beliau akan di tangkap dan di tahan dengan akta ISA.

Memang berani si betina seorang ini. Kata orang berani tak bertempat dan menyelahi undang-undang negara. Timbul persoalan, dari mana dia mendapat semangat dan keberanian yang sebegitu rupa ? Siasat punya siasat, rupa-rupanya di khabarkan memang ada sesuatu yang tidak kena dengan perhimpunan kali ini. Difahamkan perhimpunan yang bakal diadakan nanti terdapat campur tangan pihak asing.

Ini dia antara dalang yang mencetuskan ilham untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini - Anwar Al-Juburi

Mengikut maklumat yang kedengaran mengatakan ada sebuah kuasa asing yang berada di belakang Ambiga. Sebab itulah beliau mempunyai keberanian yang agak luar biasa. Difahamkan juga, risikan dari Polis dan tentera telah mengetahui perkara tersebut. Sebab itulah mereka akan halang perhimpunan tersebut diadakan kerana mahu menyekat campur tangan pihak asing dalam negara kita.

Polis tidak bertindak setegas ini dalam perhimpunan sebelum ini kerana mereka tahu ianya tidak melibatkan campur tangan asing. Atas sebab itu beberapa hari lepas, Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan sekiranya keadaan tidak terkawal kemungkinan anggota tentera akan digunakan untuk mengawal keadaan.

Saya syorkan FRU dan Tentera sediakan lebih banyak trak-trak untuk sumbatkan mereka2 yang terbabit dan hantar terus ke Kemunting, Taiping dan perapkan lama-lama di sana. Padan muka depa. Berani depa mengajak kuasa asing campur tangan didalam masalah dalaman negara kita. Dasar pengkhianat negara....! - IBM

Tuesday, June 28, 2011

Khalid Gagap Baling Batu Sembunyi Tangan ??

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

< MB Selangor tidak bertanggungjawab >

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila membayangkan tidak akan menghadiri perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan sedangkan pada masa yang sama beliau menyeru rakyat negeri ini agar menyertai perhimpunan itu.

Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Nor Akmal Ibos berkata, Abdul Khalid sebenarnya takut ditangkap pihak berkuasa jika menyertainya kerana sedar perhimpunan haram itu menyalahi undang-undang negara.

"Abdul Khalid sanggup memperjudikan nasib rakyat negeri ini apabila mendakwa ia bukanlah satu perhimpunan haram dan tidak ada sesiapa akan ditangkap pihak berkuasa bagi merayu kehadiran rakyat pada perhimpunan itu.

''Rakyat biasa mungkin akan ditangkap oleh pihak berkuasa jika mereka menyertai perhimpunan haram itu sedangkan Abdul Khalid terus berkuasa sebagai Menteri Besar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik Abdul Khalid sebagai berkata, beliau membayangkan tidak akan hadir menyertai perhimpunan yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S. Ambiga itu.

Abdul Khalid berkata, adalah tidak adil sekiranya beliau perlu mengetepikan tugasan sebagai pemimpin negeri hanya untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Nor Akmal menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan haram kerana ia adalah satu budaya negatif yang mengganggu ketenteraman awam.

''Tidak kira siapa pun penganjurnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba menggerakkan budaya perhimpunan haram di negara ini," katanya.

Ahli Majlis Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Wan Indra Putra Ahmad berkata, kenyataan Abdul Khalid itu jelas bercanggah dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang merupakan 'individu di sebalik tabir' bagi menjayakan perhimpunan itu.

''Abdul Khalid sedar bahawa Azmin bersungguh-sungguh mahu semua pihak termasuk pemimpin pembangkang terlibat dalam perhimpunan itu dan sebab itulah beliau (Abdul Khalid) tidak mahu hadir.

''Ini kerana, Abdul Khalid sememangnya sudah lama bimbang Azmin akan menggugat kedudukannya sebagai Menteri Besar memandangkan hubungan rapat Azmin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR)," jelasnya.

MEMANG TAK LAYAK LANGSUNG SI KHALID GAGAP NI JADI MENTERI BESAR SELANGOR. KEPADA RAKYAT SELANGOR, SAYA INGIN MENYERU ANDA SEMUA, MARI KITA HUMBANKAN SI KHALID GAGAP NI NEGERI SELANGOR.
APA ANDA PERLU BUAT..?...TOLAK PKR DAN PAKATAN RAKYAT DI PRU KE -13 NANTI. BERI MANDAT KEPADA BN/UMNO UNTUK TERUS MENERAJUI NEGERI SELANGOR - IBM

Monday, June 27, 2011

Cubaan Hidupkan Fahaman Komunis, Hukum Mereka Yang Terlibat

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


Parti Sosialis Malaysia Sememang Jelmaan Parti Komunis Malaya (PKM)

Tahniah kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana telah dapat mematahkan sekumpulan ahli dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang cuba menghidupkan semula fahaman
Komunis (PKM). Antara risalah dan baju T tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suraini Abdullah. Mari kita baca sedikit latar belakang Parti Sosialis Malaya (PSM) :


Pilihanraya Umum 2008 telah menyaksikan kembali Parti Sosialis Malaysia menerusi dua wakil mereka iaitu Michael Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput dan Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara.

Parti Sosialis Malaysia adalah parti serpihan Parti Rakyat Malaysia. Manakala Parti Rakyat Malaysia pula adalah parti serpihan Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan nama kedua-dua parti ini saling bertukar-tukar. Parti Sosialis Malaysia cuba didaftarkan pada tahun 1998 tetapi gagal kerana kerajaan berpendapat fahaman Sosialis yang dibawa oleh PSM merbahaya kepada negara dan rakyat Malaysia. Penantian selama 10 tahun berakhir pada Jun 2008 apabila PSM dibenarkan daftar.

Apa yang diperjuangkan oleh Parti Sosialis Malaysia sebenarnya tidak jauh daripada apa yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya. Bezanya PSM tidak mempunyai senjata dan gerila-gerila yang sanggup memperjuangkan doktrin mereka dengan revolusi.
Justeru apabila polis menahan 30 orang aktivis PSM dalam satu sekatan jalan raya berhampiran Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan cuba menafikan sekeras-kerasnya pembabitan mereka dalam kegiatan serta penyebaran fahaman Komunis, sungguhpun pada masa yang sama, tetap menyanjung PKM sebagai salah sebuah parti kiri yang berjuang mendapatkan kemerdekaan tanahair.

Alhamdullilah, dengan maklumat orang ramai, dan kecekapan pihak polis, tertangkapanya mereka2 ini yang mana seolah-olah mengikhtiharkan perang terhadap Yang Dipertuan Agung dan untuk mengulingkan kerajaaan yang sedia ada. Ini, penderhaka namanya. jika betul2 di dapati bersalah, jatuhkan hukuman yang amat berat sekali. - IBM

Anwar "Pandy Kutty" memang kaki 'Auta' dan terus mengauta..

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ikrar Anwar Selepas Tawan Putrajaya

- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali cuba menabur janji dan berikrar akan menurunkan harga minyak sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir, sering berlaku kenaikan harga minyak sedangkan negara ini adalah negara pengesport minyak dan mempunyai sumber bahan mentah itu yang mencukupi.

Dengan nama kerajaan rakyat Malaysia dan dengan Allah SWT, beliau isytiharkan berkuat kuasa sekarang harga minyak di seluruh negeri diturunkan. Ikrar itu, katanya, selepas 24 jam memegang tampuk pemerintahan.

Beliau berucap di hadapan penyokongnya dalam siri lawatan sehari ke daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terab di kedah semalam. Menurutnya lagi, itulah perkara pertama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam setelah berjaya menawan Putrajaya.

Putrajaya yang di idam-idamkan oleh Anwar

Menurutnya lagi, walaupun dirinya dihimpit dengan dugaaan besar apabila dikaitkan dengan isu video seks, namun beliau nekad mahu terus bersama PR menuntut perubahan pentadbiran yang lebih adil dan seterusnya mahu menawan Putrajaya pada PRU k3 -13 nanti, sekali gus menjadi Perdana Menteri.

KOMEN IBM - SAYA BERANGGAPAN SI ANWAR NI DAH BETUL-BETUL HILANG AKAL DAN GILA KUASA. BERANGAN SEBELUM BERKUASA, MENIPU RAKYAT DENGAN JANJI-JANJI KOSONGNYA ITU. MEMANG BAHAYA SI 'PANDY KUTTY' NI. KERAJAAN PERLU BERBUAT SESUATU AGAR MANUSIA YG BERNAMA ANWAR NI DI SINGKIR DARI BUMI MALAYSIA INI. YA ALLAH YA TUHAN KU, KAU TUNJUKANLAH JALAN AGAR SI ANWAR NI CEPAT-CEPAT BERTAUBAT.

Thursday, June 23, 2011

Bank Pun Nak Kena Sita..?

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Enggan bayar ganti rugi, bank hampir disita

KOTA BHARU 22 Jun - Sebuah bank terkemuka di sini hampir disita hari ini berikutan kegagalannya membayar ganti rugi kepada seorang pelanggannya yang berjaya memenangi satu kes saman terhadap bank tersebut.

Perintah penyitaan tersebut dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, Rashid Mustafa.

Bagaimanapun bagi mengelak daripada disita, pihak bank telah bersetuju membayar ganti rugi tersebut melalui cek bernilai RM81,805,63 kepada Mat Saman, 54, setelah mengadakan perbincangan dengan peguam plaintif, Ummul Habibah Mohd. Nasir.

Jumlah tersebut merangkumi jumlah tuntutan baki pinjaman sebanyak RM46,215.99, ganti rugi teruk dan teladan RM20,000, ganti rugi am RM12,000 manakala bakinya untuk faedah jumlah ganti rugi pada kadar lapan peratus dari tarikh penghakiman sehingga selesai bayaran.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi ini, Ummul Habibah telah pergi ke bank tersebut untuk menjalankan perintah penyitaan namun mendapat bantahan daripada pihak bank terbabit.

Bertindak atas budi bicara pihak plaintif, pihak bank telah menghubungi ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan kemudian bersetuju membayar jumlah wang yang dituntut.

Dalam kes tersebut, Mat telah memfailkan tuntutan undang-undang terhadap bank berkenaan tiga tahun lalu ekoran kegagalan bank terbabit menjelaskan baki bayaran pinjaman yang telah diluluskan kepadanya.

Jelas plaintif, pada 2004, beliau telah mendapat kelulusan pinjaman rumah sebanyak RM100,000 daripada bank berkenaan di cawangan Tanah Merah.

''Selepas mendapat pinjaman RM50,000 pihak bank menyekat bakinya atas alasan saya telah disenaraikan sebagai bankrap dan tidak berkelayakan untuk mendapat pinjaman.

''Masalahnya saya sendiri tidak tahu disenaraikan bankrap dan sepatutnya pihak bank menyelidik latar belakang saya dahulu sebelum bersetuju memberi pinjaman tersebut,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, dia telah membersihkan namanya daripada senarai bankrap dan memohon semula pihak bank menyerahkan baki pinjaman namun pihak bank enggan berbuat demikian.

INGATKAN BANK NI KEBAL. RUPANYA BOLEH DI SENTUH. ITULAH...JANGAN INGAT KERANA BANK BANYAK DUIT MAKA SESUKA HATI MEMBULI PELANGGAN/RAKYAT - IBM

Wednesday, June 22, 2011

'POLIGAMI' dapat insentif ?..jom kita ke Kelate..

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Untung suami-suami di Kelantan. Ekoran Kerajaan Kelantan bercadang beri imbuhan khas kepada suami yang tidak sembunyikan perkahwinan lebih dari satu. Ini bermakna Kerajaan negeri mengalakkan rakyatnya berkahwin lebih dari satu. Kalau ini betul-betul dapat di laksankan, bukan omong-omong kosong dari Kerajaan negeri Kelantan, IBM rasa ramai yang tampil membuat pengakuan bahawa mereka telah "Berpoligami'. Kemungkinan mereka telah berkahwin di sempadan Siam (Thailand).

Apapun insentif ini masih di peringkat cadangan dan jika dipersetujui mungkin si suami sebagai ketua rumah akan mendapatnya, Begitulah mengikut sumber dari Kerajaan Kelantan.
Perkara ini telah di usulkan di Persidangan Dewan Undangan (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim semalam.

Bagi pandangan IBM, elok jugalah tu. Maklumlah negeri Kelantan adalah di antara negeri yang akan melaksanakan Kerajaan BERKEBAJIKAN. maka segala janji harus di tunaikan. Kalau tidak para suami akan memerontak. Boleh ke Pas melaksanakannya ?

IBM sempat bertanya dengan beberapa kawan-kawan dari Kelate. Rata-rata mengatakan ianya tidak akan terjadi. Pas memang pandai buat janji, tapi tidak menunaikanya. Jesteru kata mereka, buat apa nak pening-peningkan kepala, 'Berpoligami' mendatangkan banyak masalah , Lebih baik pasang satu dan jaga isteri dan anak-anak baik-baik.

Mereka kata, bukan anti berpoligami, tapi tanya diri kita dulu adakah kita sudah bersedia untk berpoligami. Jangan ikutkan nafsu semata-mata. Kepada yang ada hati nak berpoligami, fikir-fikirkan masak-masak, jangan ianya menjadi satu beban kepada anda. IBM pun bukan anti berpoligami, tapi biarlah bila kita benar-benar sudah bersedia.

P/S Kepada Kerajaan Negeri Kelantan, jangan hangat2 tahi ayam. Kalau jadi kotakan. Rakyat sedang menilai, silap hari bulan bye, bye to Kelantan - IBM

Friday, June 17, 2011

'SELAMAT HARI BAPA'

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KAPADA SEMUA

'Selamat Hari Bapa' !

HARI bapa adalah hari untuk kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan seorang insan yang dipanggil ayah, yang disebut abah, yang saban waktu diingat-ingat sebagai seorang papa. Tak kisah apa pun gelaran bagi mereka, namun ayah, bapa, papa, abah, daddy dan sebagainya punya nilai yang mesti kita hargai, kita sanjungi dan kita ingati.

Anda yang masih punya bapa, maka hargailah keberadaan mereka bersama anda. Yang telah tiada, maka doa anda untuk merekalah yang sentiasa hidup bersama roh mereka di sana. Hari Bapa di sambut pada tahun ini, 19 Jun 2011 (Ahad).

TINGGAL 2 HARI JE LAGI. DAH BUAT PERSIAPAN KE UNTUK BAPA KORANG ??

Thursday, June 16, 2011

Datuk Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah. Tahniah !!

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Datuk Siti mengisi borang menyertai Askar Wataniah

Tabik hormat dari Datuk Siti bersama dengan selebriti yang lain

SELEBRITI yang menyertai askar wataniah (dari kanan) Datuk Siti Nurhaliza, Intan Ladyana, Ana Raffali, Shaheizy Sam, Mohd Nor Don, David Teoh dan Aizat memberi tabik hormat pada majlis penyertaan selebriti dalam askar wataniah yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur, hari ini
.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Datuk Siti dan rakan-rakan selebriti yang lain kerana menyertai Askar Wataniah.

BERITA tentang penyertaan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Askar wataniah terjawab hari ini menerusi 'Majlis Penyerahan Borang Kemasukan Askar Wataniah oleh Selebtiti, berlangsung pagi tadi di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Selain Siti, selebriti lain turut menyerahkan borang untuk menyertai Askar Wataniah ialah penyanyi terkenal, Ana Raffali dan pelakon kembar Siang, Intan Ladyana.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.

KOMEN IBM : Tahniah kepada Siti, di harap ramai lagi selebriti tanah air akan mengikut jejak langkah mereka.

Astro pun dah jadi macam Ah Long, cekek darah

DARI MEJA IBM
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

"Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka," katanya.

Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais.

"Notis kenaikan bayaran Astro tak sah, " - Rais Yatim

Kementerian akan berbincang dengan Astro mengenai isu tersebut, kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Malam Penghargaan Industri Filem 2011 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Petaling Jaya, malam semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Finas Mohd Mahyidin Mustakim.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

KOMEN IBM : ADA JUGA DI KALANGAN PRO PEMBANGKANG YANG MELANGAN ASTRO TIDAK PUAS HATI APA YANG DS RAIS YATIM BUAT. ADA YANG KATA BERLAKUN SAJA. APAPUN, TAHNIAH KEPADA DS RAIS KERANA INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MENGURANGKAN BEBAN PARA PELANGGAN ASTRO. HARAP ASTRO MENGAMBIL SATU LANGKAH YANG BIJAK, KERANA SLOGAN 'CUSTOMER ALWAYS RIGHT' MASIH RELEVAN.

Perhimpunan Bersih 2.0. Ulama Pas kata 'Wajib', ulama muda Umno kata 'Haram'

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Datuk Harun Taib

Hangat, semakin hangat isu Perhimpunan Bersih di perkatakan. Bermacam-macam reaksi dari orang ramai, Ngo, pihak kerajaan juga dari pihak ULAMA.

Ulama Pas mengiktiraf perhimpunan Bersih 2.0 ini sebagai 'Wajib' dilaksanakan berdasarkan Islam dan mengikut sunnah kerana diadalkan secara aman. Ini dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar).

Fathul Bari

Mengulas isu tersebut, ulama muda Umno, Fathul Bari (gambar) berkata, tindakan mengadakan perhimpunan secara besar-besaran sehingga mendatangkan kesulitan kepada pihak lain boleh membawa kepada hukum 'Haram' kerana mengakibatkan mudarat dan suasana tidak terkawal.

Katanya lagi, Islam melarang umatnya melakukan perkara membawa mudarat dan menggunakan kekerasan yang boleh menjejaskan keamanan negara.

Mohd Affendi yusof

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Affendi Yusof (gambar) berkata, kerajaan perlu menggunakan pendekatan 'saddu zarai' iaitu mencegah perkara buruk daripada berlaku.

Hukum asal setiap perkara adalah harus, tetapi, sekiranya memudaratkan pihal lain, ia membawa kepada hukum 'haram'.

"Kita akan tolak (permohonan) tanpa sebarang rundingan. Tangkapan pencegah akan dibuat sebelum dan ketika perhimpunan jika mereka ingkar arahan dan meneruskan rancangan. Kita kan SAPU BERSIH," - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

KOMEN IBM : KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT, HENTIKANLAH. BUAT APA NAK SUSAH-SUSAHKAN BADAN. BUAT MENGIKUT SALURAN YANG BETUL. JANGAN MENYUSAHKAN ORANG RAMAI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...