Wednesday, July 20, 2011

DAP Sedang Berusaha Mansuh Hak Ketuanan Melayu

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
MESTI BACA :

Cadangan terbaru seorang Ahli Parlimen DAP, Tony Phua (gambar) baru-baru ini memansuhkan diskaun bumiputra bagi membeli hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor disifatkan sebagai satu petanda awal bahawa parti itu sedia menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya diberi kuasa memerintah.

Kalau rakan-rakan masih ingat, melalui konsep 'Malaysian Malaysia', DAP sudah tentu akan berusaha untuk mencapai misi tersebut termasuk melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya igauan buruk itu benar-benar berlaku, nasib kehidupan orang Melayu bukan sahaja bertambah perit malah kepentingan Islam juga boleh terjejas. Umum mengetahui kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain dalam konteks pegangan ekuiti adalah terlalu jauh.
Orang Melayu masih lagi ketinggalan. Ini adalah fakta dan bukannya kenyataan kosong. DAP sudah merancang lama hal ini. Ekoran dari itu, timbul kesedaran dari salah seorang ahli DAP yang berbangsa Melayu, dan akan mendedahkan segala perancangan yang telah dibuat oleh DAP - IBM
Mohamed Razali Abdul Rahman bekas Ahli DAP

[PULAU PINANG Julai - Selepas dipecat daripada parti, Mohamed Razali Abdul Rahman berhasrat mendedahkan mengenai perancangan DAP yang dianggap menindas serta menganiaya rakyat khususnya orang Melayu.

Menurutnya, sebagai individu yang tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak, beliau bebas untuk memberi kesedaran tentang perjuangan sebenar DAP yang selama ini tidak disedari oleh rakyat.

Mohamed Razali berkata, beliau bercadang mengadakan sesi penerangan secara terbuka di lokasi-lokasi yang dianggap sesuai.

“Buat masa sekarang saya akan bergerak secara bebas untuk memberi penerangan kepada umum khususnya orang Melayu tentang apa yang dilakukan oleh DAP selama ini.

“Pada masa sama saya tidak keberatan kalau ada jemputan daripada mana-mana penganjur,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.]


Slogan yang memang ada fakta dan tidak boleh dipandang ringan

Didalam buku ini terdapat banyak fakta-fakta yang boleh dipercayai mengapa kita harus berwaspada dengan usaha-usaha DAP untuk memansuhkan ketuanan Melayu dan bercita-cita untuk memerintah negara ini.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...