Tuesday, July 12, 2011

Hadi Dan Mat Sabu Ada Potensi Jadi Juara Maharaja Lawak Musim Kedua

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Haha..memang ada bakat pun. Nampaknya susahlah bakat-bakat lawak yang lain nak cari makan. Depa ni ada skrip yang bagus-bagus untuk di bawa ke pertandingan Juara Maharaja lawak. Granti depa menang.


[Selain daripada kumpulan yang menyertai program huburan Maharaja Lawak yang berjaya menjadi bahan ketawa untuk rakyat di negara ini, ternyata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mat Sabu adalah individu yang mampu memberi saingan sengit kepada kumpulan-kumpulan lawak terbabit.

Apa tidaknya Presiden Pas semalam menafikan sekeras-keranya bahawa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu bukan anjuran parti politik.

Kenyataan Hadi ini sememangnya lawak yang membuat majoriti rakyat ketawa sampai terguling-guling.

Semua dapat saksikan berapa ramai pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang menyertai perhimpunan haram tersebut. Rakyat juga tertanya-tanya berapa ramai ahli NGO yang turut serta berbanding penyokong pembangkang terutama yang berketayap putih.

Bak kata Usop Wilcha dalam filem “Hantu Kak Limah Balik Rumah”… “nampak bebenor menipunyer”.

Sementara itu, bagi Timbalan Presiden Pas pula, Mat Sabu beliau layak dianugerahkan manusia paling handal di negara ini. Apa tidaknya apabila dia mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih kelmarin.

Lagi sekali majoriti rakyat ketawa terguling-guling. Punyalah handal Mat Sabu kena langgar dengan trak polis hanya cedera ringan saja. Sedangkan kalau kita terlanggar kucing pun silap-silap boleh patah kaki tapi Mat Sabu kena langgar trak tapi tergeliat sikit saja.

Kedua-dua pemimpin ini ternyata mempunyai tahap lawak yang sukar ditandingi baik kumpulan lawak Jozan, Sepah mahupun kumpulan Jambu.

Mungkin selepas ini rakyat ternanti kedua-dua pemimpin terbabit bergabung menyertai program Maharaja Lawak musim baru akan datang.

Justeru selepas ini jika mereka berdua membentuk kumpulan apalah agaknya nama yang sesuai buat kumpulan mereka berdua.

Ada dua nama yang dirasakan agak sesuai buat kumpulan ini yang pertama “Kumpulan Hadi 121″ dan kedua “Kumpulan Boroi”.]

MELIHATKAN BAKAT TERPENDAM DUA EKOR NI, PAS MUNGKIN AKAN MEMBUKA SIARAN TV KHAS UNTUK ORANG-ORANG PAS SAHAJA. SEBENARNYA RAMAI PAK LAWAK DI DALAM PAS NI. - IBM




4 comments:

  1. ingtkn line up maharaja lawak 2 td hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Betul bro. Memang muka2 depa ni ada tokon jadi Pak lawak terkenal satu hari nanti, atau adakan pertandingan lawak Piala pakatan Reput (PR)...hehehe..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Apa-apapun,KESIAN Normah....Abang Sabu sakittt.

    ReplyDelete
  4. W'kumusalam,

    Jangan kau sebut nama Normah tu lagi...hehehhe. Kata Mat Sabu..
    Hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...