Thursday, July 21, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

21 JULAI

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Gambar J.W.W. Birch

MESYUARAT PEMBESAR-PEMBESAR PERAK UNTUK MEMBUNUH J.W.W.BIRCH.

TARIKH PERISTIWA : 21.07.1875

Pada hari ini 21.7.1875 satu mesyuarat telah dilangsungkan di Durian Sebatang, Perak bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan campur tangan Inggeris khususnya pengenalan sistem Residen yang telah menghakis kuasa Raja dan pembesar-pembesar Melayu. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh oleh pembesar negeri Perak seperti Datuk Maharajalela, Datuk Laksamana dan Datuk Sagor. Sultan Abdullah yang baru menaiki takhta Kerajaan Perak dengan bantuan Inggeris juga turut menghadiri mesyuarat tersebut. Dalam Mesyuarat itu beberapa syor telah dikemukakan tentang cara-cara untuk membunuh J.W.W. Birch, Residen Inggeris di Perak. Laksamana mengesyorkan supaya Residen itu dibunuh dengan menggunakan racun; Sultan Abdullah mengesyorkan supaya dibunuh dengan cara menggunakan hantu atau kuasa ghaib; Datuk Maharajalela mengesyorkan supaya ditikam; sementara Datuk Sagor mengesyorkan untuk menyerang Inggeris di Bandar Baru dan menurunkan bendera Inggeris. Walaubagaimanapun syor Datuk Maharajalela dipersetujui dan beliau telah diberi tugas untuk melaksanakannya. Dengan itu Datuk Maharajalela telah mengarahkan anak-anak buahnya Pandak Endut, Kulup Ali, Siputum, Ngah Jabar dan Setuah untuk menjalankan tugas membunuh Birch.Akhirnya pada 2 November 1875 J.W.W.Birch, Residen Inggeris di Perak telah berjaya dibunuh di Pasir Salak Kampung Gajah ketika beliau sedang mandi. Dengan kejayaan pembunuhan Birch itu telah menaikkan lagi semangat orang-orang Melayu Perak untuk menentang Inggeris yang menceroboh tanah air mereka dan membawa kepada tercetusnya peperangan yang besar di antara kedua pihak.

Gambar Datuk Maharajalela


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. MEMBACA MENGAMIT MEMORI SILAM. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...