Monday, July 11, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

11 JULAI

Ismail Md Ali

HARI INI DALAM SEJARAH :

ENCIK ISMAIL ALI ANAK MELAYU PERTAMA MENJADI GABENOR BANK NEGARA

TARIKH PERISIWA : 11.07.1962

Pada hari ini 11.7.1962, Kerajaan Persekutuan mengumumkan perlantikan Encik Ismail Ali sebagai Gabenor Bank Negara yang baru. Encik Ismail Ali sebelum ini memegang jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara telah mengambil alih jawatan daripada Gabenor Bank Negara yang pertama iaitu W.H. Wilcock. J.G. Menzies daripada Bank Negara Australia yang dipinjamkan ke Bank Negara Malaya dilantik sebagai Timbalan Gabenor. Encik Ismail Ali dilahirkan pada tahun 1918 di Kelang Selangor. Mendapat pendidikan awal di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan kemudian lulus dalam bidang ekonomi daripada Universiti Cambridge pada tahun 1941 dan seterusnya mendapat ijazah undang-undang dalam tahun 1943 dari Middle Temple, Inns Court, London. Beliau memasuki Perkhidmatan Awam Malaya pada tahun 1946. Beliau pernah menjadi Timbalan Kerajaan Negeri Selangor (1948-1950). Timbalan Setiausaha Bahagian Ekonomi Perbendaharaan Negara, Pegawai Pengawal di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Duta Ke Amerika Syarikat dan pada tahun 1960 dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara. Dengan perlantikan Encik Ismail Ali sebagai Gabenor Bank Negara bukan sahaja merupakan satu sejarah bagi anak Melayu tetapi juga membuktikan bahawa orang Melayu mampu mencapai kecemerlangan jika diberi peluang dan didikan sempurna.



SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA DAPAT MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

2 comments:

  1. salam tuan,

    saya dah link blog tuan di blog saya.

    ReplyDelete
  2. W'kumusallam. Terima kasih. Insyallah, saya kan linkka blog tuan di sini...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...