Sunday, July 10, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

10 JULAI

BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH-SEKOLAH

TARIKH PERISTIWA : 10.07.1969
Pada hari ini dalam tahun 1969, Menteri Pelajaran Datuk Haji Abdul Rahman Yaakob telah mengumumkan bahawa mulai tahun 1970, semua matapelajaran kecuali Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing akan diajar dalam Bahasa Malaysia bagi darjah satu di Sekolah-Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Pengumuman tersebut telah dilakukan selepas upacara pembukaan Sekolah Indonesia di Kuala Lumpur. Mulai tahun 1975, Bahasa Malaysia akan dijadikan sebagai Bahasa Pengantar bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) dan sekolah tersebut juga akan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pula akan dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia mulai tahun 1978, manakala bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan dilaksanakan pada tahun 1980. Bahasa Malaysia juga akan dijadikan sebagai Bahasa Pengantar bagi semua tingkatan di Sekolah Menengah pada tahun 1982 dan bagi peringkat Universiti mulai tahun 1983. Ketika pengumuman tersebut juga Datuk Haji Abdul Rahman menegaskan bahawa pelaksanaan rancangan ini adalah selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sesungguhnya, penggunaan Bahasa Pengantar di sekolah-sekolah ini telah menjadi pemangkin utama dalam melahirkan masyarakat berbilang bangsa yang bersatu padu dalam sebuah negara yang merdeka.


SELAMAT MEMBACA KERANA MEMBACA ADALAH SATU SENAMAN MINDA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...