Thursday, July 7, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

07 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :

PELANCARAN PROJEK MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN

TARIKH PERISTIWA : 07.07.1992


Pada hari ini dalam tahun 1992, YAB. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan projek Memorial Tunku Abdul Rahman. Projek Memorial ini dibina sebagai mengenang dan mengiktiraf jasa dan sumbangan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, sebagai Perdana Menteri yang pertama dan Bapa Kemerdekaan negara. Berikutan daripada itu, sebuah Jawatankuasa Tetap Memorial Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah ditubuhkan untuk merealisasikan projek ini. Pada 10 Oktober 1991 Jawatankuasa yang telah dibentuk itu telah melancarkan Tabung Amanah Tunku, bagi mengumpul dana membiayai pembinaan memorial tersebut. Pembinaan memorial tersebut akan dibina bersebelahan dengan tapak Bangunan Residensi, iaitu kediaman rasmi Almarhum Tunku semasa memegang teraju pemerintahan negara. Bangunan Residensi digabungkan dengan sebuah lagi bangunan tambahan yang direka bentuk khas bagi memuatkan bahan memorabilia milik Almarhum Tunku Abdul Rahman. Sesungguhnya, pembinaan memorial ini menjadi simbol sumbangan Perdana Menteri Pertama negara ini terhadap kemerdekaan dan keharmonian kaum di Malaysia.

Kereta Rasmi Perdana Menteri Malaysia

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA MELATIH ANDA UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERDISPLIN. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...