Wednesday, July 13, 2011

Khir Toyo bersalah? belum lagi, tungguuuu 8 Ogos ini!

[DARI MEJA IBM]
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


Nak tahu samada bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo bersalah atau pun perlu membela diri di dalam kesnya, tunggu 8 Ogos ini. Kepada semua jangan risau. Kes ini tidaklah mengambil masa yang lama seperti kes liwat Anwar Ibrahim, penuh dengan drama, putar belit.

[SHAH ALAM, — Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 8 Ogos ini sama ada bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, perlu membela diri ataupun sebaliknya berhubung tuduhan melakukan rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah rumah agam empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai mengemukakan hujah masing-masing pada akhir kes pendakwaan hari ini.

Dr Khir (gambar) didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.]


MUSUH-MUSUH DR KHIR TOYO SAMADA DARI UMNO ATAU PARTI PEMBANGKANG, MEMANG MENDOAKAN AGAR DR KHIR KALAH DIDALAM KESNYA INI. APA PUN DIHARAP DR KHIR BANYAKKAN BERSABAR DAN BERDOA AGAR KEBENARAN AKAN MENYEBELAHINYA - IBM


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...