Monday, July 25, 2011

Melayu Terakhir DAP??

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ramai orang menyatakan bahawa politik itu kotor. Percaturan dan permainan politik itu jijik. Tapi..sebebenarnya manusia itu sendiri yang membuat politik jadi kotor. Jangan nak salahkan politik itu kotor, ibarat "tak pandai menari dikatakan papan jongkang jongket." Itu tangkapan yang dah lapuk, tidak boleh diterima pakai di zaman canggih ini.

Perkara itu telah menyedarkan seorang anak melayu yang bernama 'Mohammad Razali Abdul Rahman' untuk kembali kepangkalan jalan dan meminta maaf kepada bangsanya sendiri kerana terkanjur berpolitik dengan menyertai DAP. Syukur alhamdulillah beliau sudah sedar betapa kotornya permainan politik yang diamalkan oleh DAP. Kepada melayu-melayu yang lain tu, bila lagi nak bertaubat dan keluar dari cengkaman DAP?..fikir-fikirkanlah. - IBM

Antara Statement Dari Sdr Mohammad :

Mohammed Razali Abdul Rahman (kiri) menyerahkan borang untuk menjadi ahli Perkasa kepada Muhammad Zahid Md. Arif (tengah) sambil disaksikan Ahmad Saad (kanan), di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

[KEPALA BATAS 24 Julai - Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini hari ini memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu.

Mohamed Razali, 42, juga melahirkan kekesalan kerana pernah menyertai DAP yang merupakan sebuah parti cauvinis.

Bagi menyedarkan orang Melayu tentang perancangan jahat DAP, beliau hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini.

"Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka," katanya.

Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan, Muhammad Zahid Md. Arif.

Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri, Datuk Ahmad Saad.

Menurut Mohamed Razali, beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu 'rahsia' DAP.

"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.

"Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.

Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...