Wednesday, July 20, 2011

PAS memang Celako, Celako, Celako!!!!

[DARI MEJA IBM]
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Apabila Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar mencabar pihak pembangkang tampil untuk menunjukkan bukti bahawa POLIS GANAS semasa perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lepas, belum ada tanda-tanda mereka menyambut cabaran dari pihak Polis, kecuali DAP yang akan menyerahkan rakam video yang ada ditangan mereka.

PAS yang selalu MELALAK dan membuat kecaman pada pihak Polis, menuduh Polis menzalimi rakyat semasa perhimpun tersebut, kini membuat kenyataan tidak akan menyerahkan rakaman video yang ada pada mereka kepada Polis. Ini telah dinyatakan oleh Timbalan Presidennya, Mat Sabu@Mat Sabun. Memang PAS celako, celako,celako.

Menurut kata Mat Sabu, PAS tidak percaya kepada polis kerana pasukan keselamatan itu dilihat masih dikuasai Barisan Nasional (BN). Apa pun belitlah PAS ni, sat mereka mendesak polis, sat lagi tak percaya pula pada pihak polis. Memang dasar PAS lidah bercabang. Apa pun pihak polis juga mempunyai bukti. BUKTI VIDEO DIPERTONTON KEPADA MEDIA MINGGU INI. Syabas PDRM! teruskan, buktikan kepada rakyat bahawa polis menjalankan tanggunjawab yang telah diamanahkan demi keselamatan dan kesejahteran negara. Persyaitankan PAS - IBM


[KUALA LUMPUR - Polis dijangka menayang bukti rakaman video berhubung perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas kepada media, pada minggu ini bagi mengetahui kebenaran toh mahan mendakwa polis bertindak ganas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, bahan bukti tersebut, akan dipertontonkan kepada media di Dewan Theatrette di Bukit Aman.

Ismail berkata, polis memerlukan masa untuk selesai melakukan penilaian dan penelitian oleh enam jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap polis semasa perhimpunan itu.

Beliau berkata, enam jawatankuasa itu dikendalikan secara 24 jam oleh pegawai polis berpengalaman serta berwibawa, berkuatkuasa pada minggu lalu.

Menurutnya, jawatankuasa itu bertanggungjawab untuk meneliti dan mengkaji gambar-gambar yang diambil termasuk video berkaitan kejadian itu yang tersiar di Internet.

Difahamkan enam jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci enam lokasi utama perhimpunan haram itu diadakan di sekitar bandar raya ini.

Doa dari ulama SEMAK agar kedua-kedua pemimpin BERSIH ini ditimpa kecelakan. Insyallah!

Antara lokasi perhimpunan ialah Dataran Merdeka, Masjid Jamek, Jalan Petaling, Jalan Pudu, Stadium Merdeka dan Jalan Bukit Bintang.

“Proses ini memerlukan masa kerana kita perlu tahu jumlah sebenar individu terlibat dalam perhimpunan, termasuk mengambil keterangan daripada orang awam dan anggota polis yang terlibat bagi menguatkan fakta sedia ada.

“Kita akan cuba selesaikan siasatan secepat mungkin dan setelah semua laporan lengkap, kita akan siarkan rakaman video itu di Dewan Theatrette Bukit Aman dalam tempoh terdekat,” katanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam.

Ismail berkata, beliau meminta orang ramai supaya tidak mengeruhkan keadaan dengan melemparkan persepsi negatif kepada polis serta membuat kesimpulan awal hanya berdasarkan tohmahan yang menuduh polis bertindak zalim ketika itu.

Inikah yang dikatakan ganas oleh pihak pembangkang?


“Kita tahu kebelakangan ini, banyak gambar dan rakaman video mengenai peristiwa itu (perhimpunan) dimuat naik di Internet. Namun, pantauan oleh polis dapati semua itu tidak tepat dan tidak boleh dijadikan ukuran gambaran keseluruhan kejadian yang berlaku,” katanya.

Selain itu, Ismail turut menyeru orang ramai yang memiliki gambar atau video perhimpunan itu supaya segera menyerahkannya kepada polis untuk dijadikan bukti dalam siasatan terhadap tuduhan polis melakukan kekasaran seperti yang didakwa itu.

Menurutnya, dengan ada bahan bukti itu, mereka dapat membantu polis untuk mendapatkan maklumat serta penjelasan mengenai kejadian sebenar.

Bagaimana pulak aksi yang ini dari penyokong Bersih?

Ismail berkata, orang ramai yang ingin menyerahkan gambar serta rakaman video perhimpunan itu boleh menghubungi Pusat Media Bukit Aman di talian, 03-22668321 atau berhubung melalui e-mel, pusatmediapdrm@rmp.gov.my bagi membantu siasatan.

Ismail berkata, pihaknya menyambut baik saranan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha polis menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas, yang boleh menjadi bahan bukti untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa polis bertindak ganas.

Ketika ini, katanya, polis bertungkus lumus mendapatkan keseluruhan fakta sebelum menyelesaikan siasatan dan menyiarkan rakaman video kepada umum.]

Dan....ini pun ganas ke?

TAYANGAN MINGGU INI

(Bahan Bukti Perhimpunan Haram Dipertontonkan Kepada Media Di Dewan Theatrette Di Bukit Aman)
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...