Saturday, July 30, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

30 JULAI

Dulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia

HARI INI DALAM SEJARAH :

KONVOKESYEN PERTAMA UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

TARIKH PERISTIWA : 30 .07.1977

Pada hari ini 30.7.1977, satu istiadat pengisytiharan perlantikkan canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Satu upacara penyerahan cokmar universiti oleh Menteri Pelajaran, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed telah diadakan di Dewan Besar Universiti tersebut. Turut diadakan ialah pengisytiharan perlantikan 2 orang Pro Canselor terdiri dari Tun Datu Mustapha bin Datu Harun dan Tan Sri Ong Kee Hui. Bersempena dengan tarikh ini juga UPM mengadakan majlis konvokesyen yang pertama dengan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda kepada 118 orang graduan, 479 orang dengan diploma dan seorang dengan Ijazah lanjutan Master Pertanian. Mereka adalah graduan-graduan yang ulung dikeluarkan oleh universiti ini sejak ia ditubuhkan pada 1970. Turut hadir di majlis konvokseyen tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir dan isteri, Tengku Ampuan Selangor, Tun Datu Mustapha dan wakil-wakil dari beberapa buah universiti tempatan dan seberang laut. Di dalam titah ucapan Sultan selaku canselor universiti tersebut, baginda mengesyorkan supaya UPM mengadakan program-program dan kursus-kursus baru khusus untuk menghasilkan tenaga profesional bagi mengatasi sebarang masalah dalam usaha-usaha pembangunan pertanian di negara ini. Baginda juga berharap perkembangan universiti tersebut dapat menjamin perseimbangan antara pengkhususan bidang yang diadakan selaras dengan hasrat masyarakat dan negara. Sesungguhnya pengeluaran graduan-graduan dalam konvokesyen pertama ini menjadi titik permulaan ke arah pengeluaran lebih ramai siswazah yang berpendidikan tinggi dan profesional supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat menuju ke arah pembangunan negara keseluruhannya.

Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad ketika itu Timbalam Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA AMALAN MEMBACA TIDAK MERUGIKAN KITA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...