Saturday, July 23, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

23 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH

GERAKAN RAKYAT SETIA DILANCARKAN

TARIKH PERISTIWA : 23.07.1967

Pada hari ini dalam tahun 1967, Timbalan Perdana Malaysia Datuk Abdul Razak Hussein telah melancarkan Gerakan Rakyat Setia di Dewan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. Ketika berucap pada majlis perlancaran ini, Datuk Abdul Razak menyeru rakyat agar mengamalkan budaya hidup muhibbah dengan berlandaskan prinsip tabah dan jujur serta menumpukan perasaan kecintaan terhadap negara. Beliau juga menegaskan bahawa dengan cara inilah Malaysia akan membangun menjadi sebuah negara yang maju dan bersih daripada sebarang ancaman anasir luar. Turut serta dalam majlis pelancaran ini ialah Ketua Polis Negara serta wakil-wakil daripada parti UMNO, MCA dan MIC. Di akhir upacara pelancaran ini, dua buah jawatankuasa telah dibentuk bagi menjayakan gerakan tersebut. Jawatankuasa itu terdiri daripada Jawatankuasa Kebangsaan yang telah dipengerusikan oleh Tan Siew Sin, Manakala Jawatankuasa Pusat pula telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Khir Johari. Sesungguhnya, kesetiaan rakyat kepada negara dan pemimpin merupakan elemen utama yang membantu ke arah memajukan serta mengekalkan kemerdekaan negara.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA MEMBUAT KITA TERUS INGIN TAHU. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...